
“Dengan mengumumkan naitnya untuk kekal sebagai Perdana Menteri walaupun hilang majoriti, Muhyiddin mengenepikan terus fungsi Raja Berperlembagaan. Bukan hanya tindakan ini menghina dan mencalar maruah Institusi Diraja, Muhyiddin telah menghina Perlembagaan Persekutuan dan memperdaya rakyat untuk mempercayai bahawa beliau masih mempunyai hak untuk mentadbir urus negara”
Raggie Jessy Rithaudeen
تردسق، محي الدين ڬالاس تروس توڬس اڬوڠ
Sertai saluran Telegram TTF di sini
Tan Sri Muhyiddin Yassin secara terbuka mengenepikan Perlembagaan Persekutuan dan Yang Di-Pertuan Agong apabila mengisytiharkan bahawa beliau tidak akan meletakkan jawatan sebagai Perdana Menteri walaupun hilang majoriti.
Dalam perutusan khas yang disiarkan secara langsung, Muhyiddin berkata dia tidak meletakkan jawatan kerana ketika ini tidak ada seorang pun ahli parlimen dapat membuktikan mempunyai majoriti cukup untuk menjadi perdana menteri baru.
“Saya memikirkan dalam keadaan tiada seorang pun ahli Dewan Rakyat lain yang mendapat sokongan majoriti pada masa ini, perdana menteri yang baru tidak boleh dilantik menurut perlembagaan.
“Apabila perdana menteri tidak boleh dilantik, maka kabinet pun tidak boleh dilantik dan kerajaan baru tidak dapat dibentuk,” katanya.
Bukan hanya kenyataan ini bercanggah dengan peruntukan Perlembagaan Persekutuan, Muhyiddin secara langsung mengaku bahawa kerajaan pimpinannya hilang sokongan majoriti di Dewan Rakyat.
Menurut Perkara 43 (4) Perlembagaan Persekutuan, jika Perdana Menteri hilang sokongan majoriti ahli Dewan Rakyat, kecuali atas permintaannya kepada Yang di-Pertuan Agong Parlimen dibubarkan, Perdana Menteri hendaklah meletak jawatan.
Manakala itu, Perkara 40 (2) (b) menetapkan bahawa Yang di-Pertuan Agong mempunyai kuasa budi bicara dalam isu pembubaran Parlimen.
Maknanya, Yang Di-Pertuan Agong mempunyai budi bicara untuk tidak membubarkan Parlimen walaupun dinasihati oleh Perdana Menteri.
Justeru, jika Muhyiddin tidak mendapat sokongan majoriti dan menasihati Yang di-Pertuan Agong untuk membubarkan Parlimen, dan jika Seri Paduka Baginda Tuanku membuat keputusan untuk tidak membubarkan Parlimen, Muhyiddin akan terpaksa letak jawatan.
Tidak pula ada peruntukan dalam Perlembagaan Persekutuan yang berbunyi, “Perdana Menteri boleh kekalkan kuasa jika terbukti tiada seorang pun ahli Dewan Rakyat lain yang mendapat sokongan majoriti.”
Malah, kuasa untuk menetapkan struktur pentadbiran persekutuan selepas perletakkan jawatan seorang Perdana Menteri adalah kuasa berperlembagaan Yang Di-Pertuan Agong, termasuk kuasa untuk mewujudkan kerajaan interim atau perpaduan sekiranya terbukti tidak ada ahli Dewan Rakyat lain yang memiliki sokongan majoriti.
Dengan mengumumkan naitnya untuk kekal sebagai Perdana Menteri walaupun hilang majoriti, Muhyiddin mengenepikan terus fungsi Raja Berperlembagaan.
Ini menjadi nyata apabila Muhyiddin ‘menghalalkan’ kedudukannya sebagai Perdana Menteri berpandukan alasan mengarut kononnya tidak ada ahli Dewan Rakyat lain yang memiliki sokongan majoriti.
Bukan hanya tindakan ini menghina dan mencalar maruah Institusi Diraja, Muhyiddin telah menghina Perlembagaan Persekutuan dan memperdaya rakyat untuk mempercayai bahawa beliau masih mempunyai hak untuk mentadbir urus negara.
Dalam perutusannya tadi, Muhyiddin tiba-tiba bersetuju untuk berhubung dan berunding dengan pemimpin parti dari luar Perikatan Nasional bagi memastikan undi percaya ke atasnya dapat diluluskan.
Malah, Muhyiddin membentangkan cadangan rangka persefahaman rentas parti yang selama ini diperjuangkan oleh pembangkang tetapi tidak diendahkan oleh kerajaan pimpinannya.
Ini termasuklah persetujuan untuk melaksanakan Undi 18, memberikan peruntukan tahunan yang sama kepada semua ahli parlimen tanpa mengira parti politik, memberikan Ketua Pembangkang saraan dan kemudahan yang setara dengan seorang menteri kanan dan meluluskan undang-undang anti-lompat parti.
Tindakan ini selaras dengan dasar sogokkan yang diamalkan oleh kerajaan pimpinan Muhyiddin selama ini untuk kekal berkuasa, termasuk sogokkan kuasa dan kedudukan kepada wakil rakyat pembangkang untuk berpaling tadah dan menyertai Perikatan Nasional.
Ianya turut merupakan pengakuan secara langsung oleh Muhyiddin sendiri bahawa kerajaan pimpinannya boleh sahaja melaksanakan Undi 18 dan undang-undang anti-lompat parti tanpa sebarang masalah tetapi sengaja melenggahkannya selama ini.
Malah, Muhyiddin turut mengambil kesempatan daripada ketiadaan undang-undang anti-lompat parti dengan menyogok kuasa dan kedudukan kepada wakil-wakil rakyat pembangkang yang akhirnya menyertai Perikatan Nasional.
Tindakan beliau inilah yang menjurus kepada Pilihan Raya Negeri Sabah yang seterusnya mencetuskan kegilaan dalam penularan wabak Covid-19 yang tidak pernah reda hingga ke hari ini.
WAJIB BACA:
