Teresa Kok harus tampil membuat laporan polis

Hamdan Mohd Salleh

Sejak beberapa hari lepas, telah tular di media sosial berkaitan YB daripada parti DAP, Teresa Kok, Menteri Industri Utama bahawa beliau mempunyai pertalian saudara dengan pemaju (Syarikat One City Development Sdn Bhd (One City) yang terbabit dalam penempatan semula Kuil Sri Maha Mariamman di USJ 25, Subang Jaya. Hubungan persaudaraan ini telah dikecam hebat oleh para netizen di media sosial  apakah kepentingan Teresa Kok atau pengaruh beliau sebagai Menteri Industri Utama di dalam syarikat dikaitkan dengan kekecohan yang telah berlaku. Adakah benar Teresa Kok mempunyai hubungan persaudaraan tersebut? Teresa Kok selaku pimpinan DAP seharusnya bertanggungjawab tentang apa yang dikatakan oleh para Netizen. Apa yang jelas dakwaan di media sosial bahawa salah seorang daripada Lembaga Pengarah Syarikat tersebut adalah anak saudara kepada Teresa Kok. Ini mengukuhkan lagi dakwaan tersebut bahawa Teresa Kok juga mempunyai kepentingan tersendiri dengan Syarikat itu.

Teresa Kok harus segera membuat laporan Polis tentang tular yang berada di media sosial ini. Laporan Polis ini adalah bagi memudahkan pihak polis membuka kertas siasatan tentang kejadian tersebut begitu juga terdapat unsur jenayah serta wang upahan telah diberikan sehingga menimbulkan kekocahan dan pergaduhan beberapa pihak. Perkara ini adalah amat serius kerana membabitkan tohmahan dan tuduhan kepada pimpinan parti DAP terutamanya Teresa Kok sebagai Menteri Industri Utama.  Isu yang tular juga mengatakan adakah benar pihak DAP telah membayar sejumlah wang kepada sekumpulan orang Melayu di dalam perkara ini, Terasa Kok juga harus membuat laporan polis tentang perkara ini dan siapakah yang telah membayar orang Melayu.

Pihak berkuasa terutama Kementerian Dalam Negeri dan pihak Polis  juga bukan hanya perlu menyiasat beberapa peguam yang terlibat malahan juga perlu menyiasat siapakah Lembaga Pengarah syarikat tersebut. Laporan polis oleh Teresa Kok perlu kerana pihak berkuasa akan mengambil langkah yang perlu di sisi undang-undang terhadap semua atau mana-mana individu yang terlibat di dalam penyebaran serta membocorkan  maklumat bahawa terdapat anak saudara Teresa Kok di dalam Syarikat tersebut.

HAMDAN MOHD SALLEH
KETUA SETIAUSAHA
JARINGAN MELAYU MALAYSIA
Merangkap
Naib Pengerusi II
GAGASAN TIGA (G3)

Comments

Comments


Loading...