Tergempar: Najib didakwa dalangi surat, hanya 7 sokong

Malangnya, usaha Najib gagal selepas 35 ahli Parlimen BN tidak bersetuju dengan langkah tersebut yang dilihat ‘menderhaka kepada Agong’ manakala hanya tujuh Ahli Parlimen yang bersetuju. Sumber (gambar): Fail TTF

ترڬمڤر: نجيب ددعوا دالڠ د سباليق سورت، هاڽ 7 سوكوڠ

Datuk Seri Najib Razak didakwa menjadi dalang kepada usaha UMNO yang mahukan Ahli Parlimen parti itu menyokong gesaan supaya sidang khas Parlimen diadakan berhubung proklamasi darurat.

Menurut sumber yang rapat dengan UMNO, bekas presiden parti itu berbuat demikian untuk membolehkan usaha-usaha menjatuhkan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dapat terus dijalankan demi menaikkan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai perdana menteri yang baharu.

Dalam pada itu, sebuah portal dipercayai milik ahli UMNO, www.umnobaru.org turut menyediakan laporan terperinci beserta gambar dan surat SUA UMNO itu yang dialamatkan kepada Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Ismail Sabri.

Mengulas lanjut, sumber memaklumkan, situasi itu menunjukkan cengkaman Najib di kalangan ahli-ahli Parlimen UMNO kian lemah setelah usahanya mendapatkan akaun bersumpah (SD) baru-baru ini gagal.


KUALA LUMPUR: Datuk Seri Najib Razak didakwa menjadi dalang kepada usaha UMNO yang mahukan Ahli Parlimen parti itu menyokong gesaan supaya sidang khas Parlimen diadakan berhubung proklamasi Darurat.

Menurut sumber yang rapat dengan UMNO, bekas presiden parti itu berbuat demikian untuk membolehkan usaha-usaha menjatuhkan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dapat terus dijalankan demi menaikkan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai perdana menteri yang baharu.




“Malangnya, usaha Najib itu gagal selepas 35 ahli Parlimen BN tidak bersetuju dengan langkah tersebut yang dilihat ‘menderhaka kepada Agong’ manakala hanya tujuh Ahli Parlimen yang bersetuju,” katanya.

Terdahulu, Setiausaha Agung UMNO Datuk Seri Ahmad Maslan dilapor mengantar surat kepada Ahli Parlimen parti itu untuk menyatakan persetujuan untuk mengadakan satu sidang Parlimen khas berhubung Proklamasi Darurat.

Bagaimanapun, Ahli Parlimen Ketereh, Tan Sri Annuar Musa menempelak tindakan Ahmad yang didakwa menghantar surat kepada Ahli Parlimen menggesa sidang diadakan dalam masa terdekat.

Menurut Annuar, tindakan itu boleh ditafsirkan sebagai percubaan menderhaka kepada titah Yang di-Pertuan Agong yang berkenan mengisytiharkan darurat pada 12 Januari lepas.

Dalam pada itu, sebuah portal dipercayai milik ahli UMNO, www.umnobaru.org turut menyediakan laporan terperinci beserta gambar dan surat SUA UMNO itu yang dialamatkan kepada Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Ismail Sabri.

Mengulas lanjut, sumber memaklumkan, situasi itu menunjukkan cengkaman Najib di kalangan ahli-ahli Parlimen UMNO kian lemah setelah usahanya mendapatkan akaun bersumpah (SD) baru-baru ini gagal.

Tegas sumber itu lagi, ia juga bukti jelas ahli-ahli UMNO harus segera ‘merehatkan’ Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi selaku presiden parti kerana sanggup mengikut telunjuk Najib bersama beberapa ahli-ahli Parlimen UMNO yang diheret dalam pelbagai tuduhan di mahkamah.

Loading...

Sumber:

NOTA: SAYA MEMBUAT PENGUMUMAN-PENGUMUMAN PENTING DARI MASA KE SEMASA EKSKLUSIF MENERUSI SALURAN TELEGRAM BERIKUT:



Your donation is much appreciated and will go a long way towards helping us serve you better. Click the donate button below to make a contribution (you don't need a Paypal account to donate through Paypal, simply follow the instructions once you click the button).


SUBSCRIBE TO US ON YOUTUBE:



YOUTUBE: THE THIRD FORCE

TELEGRAM: Raggie Jessy Rithaudeen

TWITTER: Raggie Jessy Rithaudeen

WEBSITE: raggiejessyrithaudeen.com

Loading...

COMMENTS

Comments

Comments



Loading...