TERIMA KASIH KETUA PEJUANG MUDA, KETUA PEJUANITA MUDA & PEJUANG WANGSA MAJU KERANA JAYAKAN PROGRAM BERSAMA RAKYAT

Pengerusi Badan Perhubungan Negeri Pejuang Wilayah Persekutuan Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan. Sumber (gambar): TTF

Khairuddin Abu Hassan

تريما كاسيه كتوا ڤجوڠ مودا، كتوا ڤجوانيتا مودا & ڤجوڠ وڠسا ماجو كران جايكن ڤروڬرام برسام رعيت

Dengan penuh perasaan tawadduk dan rendah diri, saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada Dr Abu Hafiz (ketua Pejuang Muda), Dr Nurul Asyikin (ketua Pejuanita Muda) dan keseluruhan pemimpin-pemimpin akar umbi Pejuang di kawasan parlimen Wangsa Maju yang telah mencemerlangkan program berjumpa rakyat bermula jam 9:30 pagi tadi.

Insyaallah, budaya membela kesejahteraan rakyat akan diperkukuhkan di seluruh Wilayah Persekutuan secara berkekalan.

Wadah perjuangan melawan rasuah secara habis-habisan di samping memperkasakan ekonomi melayu dan umat Islam akan dijadikan teras wadah perjuangan kami.




Pejuang akan terus membela keseluruhan rakyat jelata tanpa mengira kaum serta agama.

Keharmonian serta kesejahteraan penghidupan rakyat jelata akan diberi perhatian yang amat serius oleh keseluruhan pemimpin-pemimpin Pejuang di Wilayah Persekutuan tanpa mempunyai agenda kepentingan diri dalam bidang politik.

Perpaduan dan penyatuan di kalangan pemimpin-pemimpin dan ahli-ahli Pejuang di Wilayah Persekutuan semakin terserlah.

Ini akan memudahkan kami memikul tanggungjawab serta amanah dari kepimpinan tertinggi Pejuang secara terbaik mahupun teramanah mungkin, Insya-Allah, Ameen.

WAJIB BACA:

PAU 2020: Dakwaan tapisan pembahas, penyiaran perbahasan terpilih, larangan media

Loading...



SUBSCRIBE TO US ON YOUTUBE:



YOUTUBE: THE THIRD FORCE

TELEGRAM: Raggie Jessy Rithaudeen

TWITTER: Raggie Jessy Rithaudeen

WEBSITE: raggiejessyrithaudeen.com

Loading...

COMMENTS

Comments

Comments



Loading...