Terima kasih menteri MITI kerana puji BN

Najib Razak

Saya amat berterima kasih dengan Menteri MITI.

Beliau puji dan kata Malaysia kini berada di landasan baik untuk jadi negara ‘Harimau Asia’ yang digeruni.

Bank Dunia meletakkan Malaysia di tangga ke-15 dalam Laporan ‘Doing Business’ 2019, melonjak naik daripada tangga ke-24.

Pada asalnya saya ingat hebat juga Menteri kita ini, begitu besar sumbangannya dalam 5 bulan ini.

Saya pun belek laporan ini sebentar tadi.

Rupa-rupanya Bank Dunia memberi kejayaan ini berdasarkan prestasi Kerajaan BN dari tahun 2017 hingga 1 Mei 2018.

Kalau tidak rajin membaca, maka sesatlah jalan. Sila rujuk muka surat 5 ya Menteri

http://www.worldbank.org/…/En…/DB2019-report_web-version.pdf

Dan seingat saya, Menteri ini dilantik pada 2 Julai 2018.

Tapi tak apalah. Bagilah dia bergembira. Sekurang-kurangnya dia puji Kerajaan BN kerana meletakkan Malaysia di landasan baik selama ini.

Sumber: Najib Razak

Comments

Comments


Loading...