
تركيني: 1،229 اهلي ڤڤبم جوهر بهرو عموم كلوار ڤرتي، 75 ڤراتوس دري سلوروه جوهر دجڠك توروت سرتا
Sekumpulan individu terdiri dari bekas ahli Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) bahagian Johor Bahru semalam melancarkan pergerakan “Jom Keluar” untuk menjemput akar umbi dan pemimpin bahagian serta cawangan PPBM dari seluruh negeri Johor menyertai Parti Pejuang Tanah Air (PEJUANG).
Menurut jurucakap pergerakan itu, Mohd Yusof bin Ishak, seramai 1,229 daripada 2,333 atau 52.6 peratus ahli PPBM Johor Bahru sehingga kini sudah menyerahkan surat pengisytiharan keluar parti.
Turut hadir pada majlis pelancaran itu beberapa pemimpin cawangan, termasuk naib ketua cawangan Skudai Kanan Tuan Haji Rahmat bin Mohd Yusof yang mengambil kesempatan mengumumkan pengundurannya dari PPBM bersama lebih 60 peratus ahli cawangannya.
Menurut sumber dalaman parti yang tidak ingin dinamakan, lebih 75 peratus daripada ahli PPBM merangkumi pemimpin bahagian, cawangan dan akar umbi dari seluruh negeri Johor dijangka akan keluar parti sebelum pertengahan bulan depan.

PETALING JAYA: Sekumpulan individu terdiri dari bekas ahli Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) bahagian Johor Bahru semalam melancarkan pergerakan “Jom Keluar” untuk menjemput akar umbi dan pemimpin bahagian serta cawangan PPBM dari seluruh Johor menyertai Parti Pejuang Tanah Air (PEJUANG).
Menurut jurucakap pergerakan itu, Mohd Yusof bin Ishak, seramai 1,229 daripada 2,333 atau 52.6 peratus ahli PPBM Johor Bahru sehingga kini sudah menyerahkan surat pengisytiharan keluar parti.
Beliau menambah, kesemua terbabit mengisytiharkan sokongan padu mereka terhadap mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dan parti PEJUANG pimpinan beliau.
Menurut Yusof, PPBM tidak lagi berpegang kepada prinsip “berani kerana benar” dan mengkhianati perjuangan asal apabila bersekongkol dengan mereka yang ditentang parti itu sebelum Pilihan Raya Umum ke-14.
Beliau berharap pergerakan “Jom Keluar” akan mendapat sokongan padu seluruh akar umbi PPBM agar puak yang mengkhianati perjuangan asal parti akan dihukum oleh rakyat di Pilihan Raya Umum ke-15.
Turut hadir pada majlis pelancaran itu beberapa pemimpin cawangan, termasuk naib ketua cawangan Skudai Kanan Tuan Haji Rahmat bin Mohd Yusof yang mengambil kesempatan mengumumkan pengundurannya dari PPBM bersama lebih 60 peratus ahli cawangannya.
Menurut sumber dalaman parti yang tidak ingin dinamakan, lebih 75 peratus daripada ahli PPBM merangkumi pemimpin bahagian, cawangan dan akar umbi dari seluruh negeri Johor dijangka akan keluar parti sebelum pertengahan bulan depan.
THE THIRD FORCE
NOTA: SAYA MEMBUAT PENGUMUMAN-PENGUMUMAN PENTING DARI MASA KE SEMASA EKSKLUSIF MENERUSI SALURAN TELEGRAM BERIKUT:

