Terkini: 1661 ahli UPKO Sabah letak jawatan berkuatkuasa serta-merta

Upko Putatan, menurut Mojigoh turut diketepikan daripada sebarang jawatan di peringkat daerah. Sumber (gambar): KLXpress

1661 اهلي اڤكو سابه لتق جاوتن بركواتكواس سرتا-مرتا

Datuk Dr. Marcus Mojigoh, Ketua Bahagian UPKO Putatan hari ini meletakkan kesemua jawatannya bersama sama hampir kesemua Bahagian,  Pemuda, Wanita & Komulakan.

Setakat jam 6.30 PM, berita tidak rasmi menunjukkan seramai 1661 ahli UPKO Putatan telah menandatangi surat keluar parti dengan serta merta.

Marcus berkata Upko Putatan tidak bersetuju dengan sokongan pimpinan Upko terhadap pelaksanaan Pas Sementara Sabah (PSS) sebelum ini.

Spekulasi memuncak apabila beliau menjemput presiden PBS Datuk Dr Maximus Ongkili dan AMT parti itu menghadiri sambutan Tahun Baharu Cina di kediaman beliau sejurus pengumuman keluar parti.


SUBANG JAYA: Datuk Dr. Marcus Mojigoh, Ketua Bahagian UPKO Putatan hari ini meletakkan kesemua jawatannya bersama sama hampir kesemua Bahagian,  Pemuda, Wanita & Komulakan.

Setakat jam 6.30 PM, berita tidak rasmi menunjukkan seramai 1661 ahli UPKO Putatan telah menandatangi surat keluar parti dengan serta merta.




Hanya Timbalan Ketua Bahagian Datuk Alex Martin dan AJK dilantik Jacky Litong sahaja yang tidak menyertai kumpulan beliau.

Sementara itu, sebuah portal memetik bekas Ahli Parlimen Putatan itu sebagai berkata antara penyebab tindakan mereka ialah ketidakpuasan hati terhadap kepimpinan parti yang dikatakan tidak sensitif dengan rungutan akar umbi.

Beliau berkata Upko Putatan juga tidak bersetuju dengan sokongan pimpinan Upko terhadap pelaksanaan Pas Sementara Sabah (PSS) sebelum ini.

Upko Putatan, menurut Mojigoh, turut diketepikan daripada sebarang jawatan di peringkat daerah.

Bagaimanapun, Mojigoh menolak spekulasi bahawa mereka akan berpindah parti ke Parti Bersatu Sabah (PBS).

Spekulasi memuncak apabila beliau menjemput presiden PBS Datuk Dr Maximus Ongkili dan AMT parti itu menghadiri sambutan Tahun Baharu Cina di kediaman beliau sejurus pengumuman keluar parti.

THE THIRD FORCE

Loading...



Your donation is much appreciated and will go a long way towards helping us serve you better. Click the donate button below to make a contribution (you don't need a Paypal account to donate through Paypal, simply follow the instructions once you click the button).


SUBSCRIBE TO US ON YOUTUBE:



YOUTUBE: THE THIRD FORCE

TELEGRAM: Raggie Jessy Rithaudeen

TWITTER: Raggie Jessy Rithaudeen

WEBSITE: raggiejessyrithaudeen.com

Loading...

COMMENTS

Comments

Comments



Loading...