Terkini: 42 plot tanah Dewan Bandaraya Kuala Lumpur dijual dalam tempoh singkat Annuar Musa jadi menteri

Ketika dihubungi untuk mendapatkan komen, Annuar memberitahu Malaysiakini bahawa dia akan menjawab dakwaan Tan esok. Sumber (gambar): Fail TTF

تركيني: 42 ڤلوت تانه ديوان دبقل دجوال دالم تيمڤوه سيڠكت اننوار موسى جادي منتري

42 plot tanah Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) didakwa terjual dalam tempoh lapan bulan Tan Sri Annuar Musa berkhidmat sebagai Menteri Wilayah Persekutuan.

Pendedahan itu dibuat oleh Ahli Parlimen Cheras, Tan Kok Wai, yang turut mempersoalkan status penjualan tanah tersebut dan apakah penjualan itu dilakukan mengikut peraturan yang ditetapkan.

Sidang media pagi ini turut menampilkan ahli parlimen Pakatan Harapan lain dari wilayah Kuala Lumpur – Nik Nazmi Nik Ahmad (Setiawangsa), Fahmi Fadzil (Lembah Pantai), Tan Yee Kew (Wangsa Maju), Lim Lip Eng (Kepong), Hannah Yeoh (Segambut ) dan Fong Kui Lun (Bukit Bintang).

Bersama dengan Tan, mereka secara kolektif mendesak Annuar untuk menjelaskan isu yang ditimbulkan oleh Jawatankuasa Kira-kira Wang Umum (PAC) terhadap 97 plot tanah DBKL yang telah terjual sejak 2011.

“Setakat hari ini, kami belum mendengar daripada menteri wilayah persekutuan, tentang respons beliau terhadap laporan PAC berkenaan dengan isu penjualan tanah milik DBKL.”


PETALING JAYA: 42 plot tanah Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) didakwa terjual dalam tempoh lapan bulan Tan Sri Annuar Musa berkhidmat sebagai Menteri Wilayah Persekutuan.

Pendedahan itu dibuat oleh Ahli Parlimen Cheras, Tan Kok Wai, yang turut mempersoalkan status penjualan tanah tersebut dan apakah penjualan itu dilakukan mengikut peraturan yang ditetapkan.




“Sejak Annuar memegang jawatan sebagai menteri wilayah persekutuan, banyak tanah lagi milik DBKL yang dijual kepada pihak swasta untuk dimajukan, dibangunkan sebagai projek perumahan, campuran komersial dan sebagainya.

“Kami semua terkejut dalam sikit masa sahaja menteri sudah luluskan..

“Saya ingin bertanya kepada Annuar mengapakaha benarkan transaksi penjualan tanah ini yang (kemungkinan) akan memberi kesan-kesan buruk untuk jangka masa panjang atau salama-lamanya kepada banyak kawasan yang telah mengalami over development (terlalu banyak pembangunan),” Tan dilaporkan berkata oleh portal berita Malaysiakini.

Menurutnya, DBKL menerbitkan tiga notis untuk mengubah Pelan Bandar KL 2020 yang ada dalam beberapa bulan terakhir.

Tan mendakwa, perubahan yang terbaru melibatkan 33 plot tanah milik DBKL sementara dua notis sebelumnya menunjukkan perubahan kepada masing-masing tiga dan enam plot.

Pelan itu, yang merangkumi rancangan pembangunan Kuala Lumpur, akan berakhir pada 31 Disember 2020.

“Masih ada sedikit waktu yang tersisa (sebelum pelan itu tamat) tetapi DBKL masih membuat tiga pindaan yang mempengaruhi 42 plot tanah,” kata Tan dalam sidang media itu.

Loading...

Jelas Tan, daripada 42 plot tanah tersebut, empat melibatkan kawasannya.

Tan berkata, walaupun beliau merupakan wakil rakyat di kawasan itu, dia tidak tahu apakah ada tender terbuka atau berapa harga plot yang telah dijual.

Ketika dihubungi untuk mendapatkan komen, Annuar memberitahu Malaysiakini bahawa dia akan menjawab dakwaan Tan esok.

“Saya akan memberikan penjelasan terperinci pada sidang media di Parlimen pada pukul 11 pagi esok,” katanya.

Sidang media pagi ini turut menampilkan ahli parlimen Pakatan Harapan lain dari wilayah Kuala Lumpur – Nik Nazmi Nik Ahmad (Setiawangsa), Fahmi Fadzil (Lembah Pantai), Tan Yee Kew (Wangsa Maju), Lim Lip Eng (Kepong), Hannah Yeoh (Segambut ) dan Fong Kui Lun (Bukit Bintang).

Bersama dengan Tan, mereka secara kolektif mendesak Annuar untuk menjelaskan isu yang ditimbulkan oleh Jawatankuasa Kira-kira Wang Umum (PAC) terhadap 97 plot tanah DBKL yang telah terjual sejak 2011.

“Setakat hari ini, kami belum mendengar daripada menteri wilayah persekutuan, tentang respons beliau terhadap laporan PAC berkenaan dengan isu penjualan tanah milik DBKL.

“Saya rasa ini perkara yang penting kerana saya rasa menteri wilayah persekutuan perlu memberikan respons kepada parlimen,” kata Fahmi.

Dalam laporan yang diterbitkan semalam, PAC menyatakan kurangnya pematuhan prosedur operasi standard dalam cara penjualan tanah tersebut.

Ia juga menyatakan konflik kepentingan menteri wilayah persekutuan dan pembabitan Datuk Bandak Kuala Lumpur dalam Yayasan Wilayah Persekutuan.

Ini kerana badan amal itu didapati membeli tanah dari DBKL, entiti yang juga dipengerusikan oleh menteri dan Datuk Bandar.

Yayasan itu berada di luar pemeriksaan Jabatan Audit Negara.

Antara saranan PAC adalah agar Yayasan Wilayah Persekutuan disusun semula agar fokus pada kebajikan, membenarkan kerajaan meneliti aktivitinya dan menyingkirkan penglibatan menteri dan Datuk Bandar.

THE THIRD FORCE

NOTA: SAYA MEMBUAT PENGUMUMAN-PENGUMUMAN PENTING DARI MASA KE SEMASA EKSKLUSIF MENERUSI SALURAN TELEGRAM BERIKUT:



Your donation is much appreciated and will go a long way towards helping us serve you better. Click the donate button below to make a contribution (you don't need a Paypal account to donate through Paypal, simply follow the instructions once you click the button).


SUBSCRIBE TO US ON YOUTUBE:



YOUTUBE: THE THIRD FORCE

TELEGRAM: Raggie Jessy Rithaudeen

TWITTER: Raggie Jessy Rithaudeen

WEBSITE: raggiejessyrithaudeen.com

Loading...

COMMENTS

Comments

Comments



Loading...