Terkini: Ada kem dalam UMNO ‘perkuda’ Muhyiddin untuk agenda tersirat

“Saya muak dengan sikap kumpulan ini yang menjaja niat ingin bersepakat dengan Parti Pribumi Bersatu Malaysia dan PAS bagi meruntuhkan kerajaan Pimpinan Pakatan Harapan sedangkan niat sebenarnya adalah untuk menguasai pentadbiran pusat”

Raggie Jessy Rithaudeen

تركيني: اد كم دالم امنو ءڤركودء محي الدين اونتوق اڬيندا ترسيرت

Terdapat sekumpulan pemimpin dalam UMNO yang kebelakangan ini telah mengadakan beberapa siri perbincangan dengan sebilangan tertentu ahli parlimen dari kedua-dua Barisan Nasional dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM).

Tujuan perbincangan ini diadakan adalah untuk mengkaji kemungkinan mengarahkan ahli-ahli parlimen berkenaan keluar daripada Perikatan Nasional dengan niat mmbubarkan parlimen jika syarat-syarat pihak yang terbabit tidak dipenuhi.




Saya difahamkan, kumpulan ini deketuai oleh puak yang memihak kepada seorang pemimpin kanan UMNO yang sedia Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU 15) diadakan dalam masa terdekat dan tidak jujur atau komited dengan Perikatan Nasional.

Antara yang diidamkan oleh kumpulan ini termasuk kembalinya puak pemimpin kanan yang dimaksudkan ke tampuk kepimpinan negara dan kembalinya UMNO sebagai kuasa utama dalam kerajaan persekutuan.

Saya muak dengan sikap kumpulan ini yang menjaja niat ingin bersepakat dengan Parti Pribumi Bersatu Malaysia dan PAS bagi meruntuhkan kerajaan Pimpinan Pakatan Harapan sedangkan niat sebenarnya adalah untuk menguasai pentadbiran pusat.

Saya turut difahamkan kumpulan ini sudah mempunyai sokongan sebilangan tertentu ahli parlimen yang boleh ‘diarahkan’ keluar daripada Perikatan Nasional pada bila-bila masa, sekaligus menumbangkan kerajaan persekutuan jika syarat mereka tidak dipenuhi.

Perkara ini tidak mustahil memandangkan kerajaan pimpinan Tan Sri Muhyiddin Yassin yang sedia ada teramat rapuh kerana Perikatan Nasional dan sekutunya hanya memiliki majoriti tipis antara 112-114 kerusi Dewan Rakyat pada ketika ini.

Kumpulan ini nampaknya tidak ikhlas dari awal dan disyaki telah memperkudakan Muhyiddin untuk merealisasikan agenda tersirat mereka.

Loading...

Isnin lalu, saya menulis:

Tindakan beberapa pemimpin UMNO mengkritik kerajaan pimpinan Tan Sri Muhyiddin Yassin secara terbuka menimbulkan persoalan sekiranya parti berkenaan benar-benar sepakat dengan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) dan PAS dalam menjayakan kerajaan yang baru terbentuk ataupun mempunyai agenda tersembunyi.

Belum sempat dua minggu kabinet persekutuan diumumkan, sudah ada pelbagai rungutan dari pemimpin-pemimpin kanan UMNO yang secara terbuka menyuarakan rasa tidak puas hati dengan pelantikan barisan Jemaah menteri oleh Perdana Menteri.

Pucuk pangkal perkara ini berkisar di sekitar isu kuasa dan kedudukan serta ‘kelayakan’ dan ‘pengalaman’, walhal, dari sudut Perlembagaan Persekutuan, semua yang dilantik cukup layak bagi menjawat jawatan yang dipegang.

UMNO seharusnya sedar bahawa sokongan terhadap parti tersebut merosot secara sistematik bermula Pilihan Raya Umum ke 13 sehinggalah Barisan Nasional kecundang dalam Pilihan Raya Umum ke-14 kerana dicap sebagai parti yang “angkuh” dan terjerumus dalam gejala “wang, kuasa dan kedudukan (WKK).”

Justeru, ‘pengalaman’ tidak boleh dijadikan faktor utama dalam penentuan jawatan menteri atau timbalan menteri, lebih-lebih lagi jika Perikatan Nasional tidak ingin kesilapan lampau Barisan Nasional diulang menjelang Pilihan Raya Umum ke-15.

Kepimpinan tertinggi UMNO cukup tahu perihal penyertaan Azmin Ali dalam PPBM sewaktu tertubuhnya Perikatan Nasional dan tidak berhak menyoal Muhyiddin berkenaan pelantikan Azmin sebagai de facto Deputy Prime Minister.

Sebagai langkah awal, sudah pasti Muhyiddin akan memilih seorang yang dipercayainya (Azmin Ali) sebagai “orang paling kanan” memandangkan kerjasama Barisan Nasional dan PPBM adalah secara ‘mengejut’ dan tidak dijangka.

Bukankah begitu?

UMNO harus berhenti bersikap hipokrit kerana kesemua yang terlibat dalam Perikatan Nasional bersetuju menyokong Azmin di Sheraton kerana tahu pengkhianatan Azmin amat perlu bagi menjayakan rancangan untuk menumbangkan kerajaan pimpinan Pakatan Harapan.

Minta maaflah, saya tidak nampak kematangan UMNO dalam Perikatan Nasional dan tidak jangkakan kerajaan baru akan bertahan disebabkan budaya pelik yang dibawa-bawa oleh UMNO dari pentadbiran Barisan Nasional sebelum Pilihan Raya Umum ke-14.



Your donation is much appreciated and will go a long way towards helping us serve you better. Click the donate button below to make a contribution (you don't need a Paypal account to donate through Paypal, simply follow the instructions once you click the button).


SUBSCRIBE TO US ON YOUTUBE:



YOUTUBE: THE THIRD FORCE

TELEGRAM: Raggie Jessy Rithaudeen

TWITTER: Raggie Jessy Rithaudeen

WEBSITE: raggiejessyrithaudeen.com

Loading...

COMMENTS

Comments

Comments



Loading...