Terkini: Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi Bersatu mohon mesyuarat agung tergempar

Menurut ahli MPT berkenaan, hak menentukan hala tuju parti itu bukanlah milik eksklusif pimpinan tertinggi semata-mata, sebaliknya perlu melibatkan penyertaan akar umbi sekali. Sumber (gambar): Fail TTF

تركيني: اهلي مجليس ڤيمڤينن ترتيڠڬي برساتو موهون مشوارت اڬوڠ ترڬمڤر

Ketua Penerangan Armada Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Ulya Aqamah Husamuddin memohon pimpinan tertinggi parti untuk mengadakan Mesyuarat Agung Tergempar bagi membincangkan beberapa perkara yang menjadi kontroversi sejak kebelakangan ini.

Beliau yang juga ahli Majlis Pimpinan Tertinggi Bersatu berkata, hala tuju parti, termasuk kebersamaan dengan Pakatan Harapan atau Perikatan Nasional perlu dilakukan mengikut prosedur yang betul iaitu melalui perhimpunan agung tahunan atau luar biasa.

Selain isu hala tuju parti, Ulya Aqamah berkata, mesyuarat berkenaan juga boleh menentukan sama ada pelucutan keahlian lima Ahli Parlimen Bersatu iaitu Tun Dr Mahathir Mohamad, Datuk Seri Mukhriz Tun Mahathir, Dr Maszlee Malik, Syed Saddiq dan Amirudin Hamzah adalah berlandaskan perlembagaan ataupun tidak.


PUTRAJAYA: Ketua Penerangan Armada Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), Ulya Aqamah Husamuddin memohon pimpinan tertinggi parti untuk mengadakan Mesyuarat Agung Tergempar bagi membincangkan beberapa perkara yang menjadi kontroversi sejak kebelakangan ini.

Beliau yang juga ahli Majlis Pimpinan Tertinggi Bersatu berkata, hala tuju parti, termasuk kebersamaan dengan Pakatan Harapan atau Perikatan Nasional perlu dilakukan mengikut prosedur yang betul iaitu melalui perhimpunan agung tahunan atau luar biasa.




Jelasnya lagi, hak menentukan hala tuju parti itu bukanlah milik eksklusif pimpinan tertinggi semata-mata, sebaliknya perlu melibatkan penyertaan akar umbi sekali.

“Kami (Armada) ingin mereka (pemimpin) semua ingat, parti ini prinsipnya di bawah perjuangan rakyat dan didepani akar umbi dan peringatan kepada semua pimpinan.

“Harus diingatkan bahawa Armada ini merangkumi lebih 50 peratus keahlian parti.  Jadi tolong dengar suara kami bila kami mahukan mesyuarat. Saya dan YB Syed Saddiq (Ketua Armada Bersatu) yang juga ahli MPT, meminta mereka (pimpinan tertinggi) untuk memanggil mesyuarat MPT kalau mereka ada di pihak yang benar,” katanya lagi dalam satu sidang media di Putrajaya, hari ini.

Selain isu hala tuju parti, Ulya Aqamah berkata, mesyuarat berkenaan juga boleh menentukan sama ada pelucutan keahlian lima Ahli Parlimen Bersatu iaitu Tun Dr Mahathir Mohamad, Datuk Seri Mukhriz Tun Mahathir, Dr Maszlee Malik, Syed Saddiq dan Amirudin Hamzah adalah berlandaskan perlembagaan ataupun tidak.

Sumber:

NOTA: SAYA MEMBUAT PENGUMUMAN-PENGUMUMAN PENTING DARI MASA KE SEMASA EKSKLUSIF MENERUSI SALURAN TELEGRAM BERIKUT:

Loading...



Your donation is much appreciated and will go a long way towards helping us serve you better. Click the donate button below to make a contribution (you don't need a Paypal account to donate through Paypal, simply follow the instructions once you click the button).


SUBSCRIBE TO US ON YOUTUBE:



YOUTUBE: THE THIRD FORCE

TELEGRAM: Raggie Jessy Rithaudeen

TWITTER: Raggie Jessy Rithaudeen

WEBSITE: raggiejessyrithaudeen.com

Loading...

COMMENTS

Comments

Comments



Loading...