Terkini: Air Naik!! Nasib Bazaar Ramadhan Dataran Merdeka! [VIDEO]

Dato’ Razlan Rafii

Kebetulan saya dan keluarga jalan di Bazaar Ramadhan Dataran Merdeka, hujan lebat, kesian penjaja, ada yang barangan rosak akibat air naik.

https://youtu.be/IrUVyIlwVls




https://youtu.be/vcHdA8JT6Qk

Kawasan Dataran Merdeka ini memang dikenali dengan kawasan banjir, sistem peparitan tidak baik, air deras akan mengalir dari Bangunan DBKL membawa ke Bangunan Sultan Abu Samad.

Bukan itu sahaja, Elekrik pula beberapa kali trip, dah lah kepanasan disebabkan terkepung dengan Penutup Khemah, kipas pula tidak berfungsi.

https://youtu.be/qSYLJapfJ-E

Ini semua dugaan yang perlu dihadapi oleh Penjaja Bazaar Ramadhan.

Sebelum Ramadhan tiba, banyak maklum balas telah diberikan kepada Kementerian berkenaan lokasi Bazaar Ramadhan, sikap Menteri yang keras kepala menyebabkan semua alasan ini ibarat di curah ke daun keladi. Tidak langsung dipertimbangkan.

https://youtu.be/YAYyyM5iw6Y

Loading...

Malah, disuruhnya portal thereporter.my untuk menghentam, bukan lnya beliau sebagai pentadbir mahu menyelesaikan masalah hakiki, Menteri lebih suka selesaikan di Media Sosial dan biarkan masalah Penjaja begitu sahaja.

Pagi, Siang, Petang Tak Ada pengunjung!

Lokasi Dataran Merdeka agak terbuka dan panas, lebih-lebih lagi apabila datangnya Ramadhan, bulan yang penuh dugaan, ini menyebabkan kawasan ini lebih panas dari bulan-bulan sebelumnya.

Lokasi ini bukan mesra pengunjung, tidak ada kompleks atau kedai-kedai berdekatan, pengunjung selalunya tidak akan meredah panas semata-mata untuk mencari barangan di bazaar ini, kalau dulu, sambil-sambil berjalan di Jalan TAR, adalah kompleks dan kedai-kedai disekitar kawasan, dan ianya menjadi tumpuan sebagai 1-Stop-Center untuk mencari keperluan menyambut Aidil Fitri.

Sekitar kawasan Jalan TAR juga dikelilingi bangunan, jadilah kawasan itu redup. Pejabat juga banyak, orang-orang bekerja boleh turun dari pejabat dan terus menuju ke Jalan TAR untuk window shopping ataupun memilih barangan yang diperlukan.

Rungutan kepanasan di dalam Khemah besar, ibarat terkepung didalam khemeh yang tidak masuk angin, sepanjang saya 30 minit di situ, kipas pun tak berfungsi dengan baik, DBKL pula tak bagi buka penutup khemah di belakang, langsung tak masuk angin.

Kawasan makan yang tidak disediakan tempat duduk, kalau di jalan TAR, banyak kedai makan disekitar, ada Benteng, dalam Sogo ada foodcourt, Pertama Compleks juga ada, pengunjung senang nak cari kawasan buka puasa, di Dataran Merdeka, adalah padang sebesar-besarnya, kalau macam hari ni, hujan, pengunjung nak makan kat mana ? Memang la cantik apabila Menteri melawat buka puasa dengan cuaca yang baik, sekira hujan, ada Pak Menteri fikir?

Peniaga bazaar Jalan TAR hilang pelanggan dengan skala yang besar, maklumbalas menyatakan semasa di Jalan TAR selepas 1 minggu puasa, adalah untung sikit, tapi sekarang, masih tidak pecah telur, itulah diantara nasib peniaga-peniaga di sini.

Ayuhlah kita sama-sama bantu promote kawasan bazaar Ramadhan ini. Kita niatkan untuk bantu Peniaga di sini, memamg pemerintah sudah buat silap, tapi masa berjalan, setiap hari peniaga di sini memerlukan income untuk selamatkan kehidupan mereka.

Bila jalan-jalan, peniaga ada yang merayu “masuklahhhh”.

Jom kita memeriahkan Bazaar Ramadhan !!



SUBSCRIBE TO US ON YOUTUBE:



YOUTUBE: THE THIRD FORCE

TELEGRAM: Raggie Jessy Rithaudeen

TWITTER: Raggie Jessy Rithaudeen

WEBSITE: raggiejessyrithaudeen.com

Loading...

COMMENTS

Comments

Comments



Loading...