Terkini: Anwar berpenyakit, kemaruk seks gay tahap ‘gila’

Raggie Jessy Rithaudeen

Tun Dr Mahathir Mohamad baru ini mengesahkan akan letak jawatan selepas sidang kemuncak Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (APEC) November depan untuk memberi laluan kepada Dato’ Seri Anwar Ibrahim mengambil alih jawatan Perdana Menteri.




Pengesahan itu dibuat menerusi satu temubual bersama Reuters, di mana Mahathir menjelaskan perubahan sejurus sebelum sidang kemuncak APEC hanya akan mengganggu keadaan.

“Bagi saya, saya akan meletak jawatan dan saya menyerahkan kepadanya (Anwar). Jika orang tidak mahu dia, itu urusan mereka tetapi saya akan tunaikan bahagian janji saya…biarpun apa tuduhannya. Saya sudah berjanji, saya akan tunaikan,” katanya.

Apa yang aneh, Mahathir berkata demikian biarpun tahu Anwar berhadapan dakwaan serangan seksual baharu, sekaligus bermakna teori kononnya Muhammed Yusoff Rawther merupakan agen Mahathir tidak boleh diguna pakai lagi.

Begitu juga dakwaan kononnya Yusoff disogok oleh timbalan presiden PKR Dato’ Seri Azmin Ali.

Percaya atau tidak, ada pihak tertentu yang mendakwa Azmin menggunakan Yusoff sebagai senjata untuk membalas dendam dan melemahkan lagi pegangan Anwar terhadap parti.

Ini berikutan tindakan Anwar mencadangkan agar Azmin letak jawatan sebagai timbalan presiden PKR jika disabit bersalah melakukan hubungan seks luar tabii bersama bekas ketua pemuda PKR Santubong, Haziq Abdullah Abdul Aziz.

Malangnya, teori ini turut tidak boleh diguna pakai kerana Azmin terang-terang mempertahankan Anwar ketika merasmikan kongres pemuda dan wanita PKR Jumaat lalu dengan melabelkan dakwaan Yusoff sebagai “fitnah politik jijik dan kotor.”

Loading...

Kesemua ini menimbulkan tanda tanya siapakah sebenarnya yang ‘mendalangi’ dakwaan seksual Yusoff terhadap Anwar.

Saya bertanyakan demikian bukan kerana saya sendiri percaya ada dalang di sebalik dakwaan tersebut, tetapai kerana Anwar sendiri mendakwa tuduhan Yusoff adalah “muslihat untuk menjatuhkan imejnya menjelang Kongres Nasional Keadilan ke-14 dan juga proses peralihan kuasa pimpinan negara.”

Ini mencadangkan Anwar tahu identiti individu yang kononnya cuba ‘jatuhkan imejnya’ dan menghalangnya daripada diangkat menjadi Perdana Menteri.

Persoalannya, siapakah orang misteri yang dimaksudkan Anwar sekiranya bukan Mahathir atau Azmin dan mengapakah Anwar masih belum membongkarkan identiti individu berkenaan?

Atau adakah Anwar benar-benar berlaku tidak senonoh terhadap Yusoff dan cuba meliwatnya secara paksa sepertimana yang didakwa Yusoff dalam satu akuan bersumpah bertarikh 19hb November 2019?

Saya ingin menegaskan di sini bahawa bukan hanya saya yakin dakwaan Yusoff 100 peratus benar, saya mampu membuktikan kepada umum bahawa Anwar memiliki ciri-ciri seorang “sexual predator.”

Malah, Anwar dilihat seorang ‘berpenyakit’ yang boleh menjadi ‘gila’ apabila berdepan dengan individu tertentu yang diminatinya sehingga sanggup berkasar dengan individu tersebut sepertimana dalam kes Yusoff.

Apakah Anwar berani sangkal dakwaan ini?



Your donation is much appreciated and will go a long way towards helping us serve you better. Click the donate button below to make a contribution (you don't need a Paypal account to donate through Paypal, simply follow the instructions once you click the button).


SUBSCRIBE TO US ON YOUTUBE:



YOUTUBE: THE THIRD FORCE

TELEGRAM: Raggie Jessy Rithaudeen

TWITTER: Raggie Jessy Rithaudeen

WEBSITE: raggiejessyrithaudeen.com

Loading...

COMMENTS

Comments

Comments



Loading...