Terkini: Anwar didakwa serang cucu lelaki Mohamed Idris secara fizikal, seksual (dokumen disertakan)

Menurut Yusoff, Anwar membuka zip seluarnya dan mengeluarkan alat sulitnya sambil bertanya kepada Yusoff “You suka.” Sumber (gambar): Fail TTF

Dato’ Seri Anwar Ibrahim (kemudian daripada ini dirujuk sebagai “Anwar”) didakwa telah mencabul kehormatan cucu lelaki kepada bekas aktivis persatuan pengguna, SM Mohamed Idris, menerusi serangan berbentuk fizikal dan seksual.

Menerusi satu akuan bersumpah bertarikh 19hb November 2019, Muhammed Yusoff Rawther (kemudian daripada ini dirujuk sebagai “Yusoff”) mendakwa telah diarahkan oleh setiausaha Anwar, Sukri Saad, untuk berjumpa Anwar di kediamannya di Bukit Segambut sebelum diperlakukan dengan cara tidak senonoh.

Yusoff mendakwa telah dijemput oleh Anwar secara peribadi untuk bekerja dengannya ketika Anwar menziarahi datuk Yusoff, Mohamed Idris, di Pulau Pinang pada 2hb September 2018.

Sebelum ini, pada 19hb September 2019, Yusoff memfailkan saman terhadap setiausaha politik Anwar, Farhash Wafa Salvador Rizal Mubarak, atas dakwaan menumbuk beliau (Yusoff) berulang kali tanpa sebab di ofis Bukit Gasing Anwar.


Nota: Maklumat yang terkandung dalam terbitan ini adalah bersandar sepenuhnya kepada satu akuan bersumpah yang didakwa ditandatangani oleh Muhammed Yusoff Rawther, cucu kepada SM Mohamed Idris.

PETALING JAYA: Dato’ Seri Anwar Ibrahim (kemudian daripada ini dirujuk sebagai “Anwar”) didakwa telah mencabul kehormatan cucu lelaki kepada bekas aktivis persatuan pengguna, SM Mohamed Idris, menerusi serangan berbentuk fizikal dan seksual.




Menerusi satu akuan bersumpah bertarikh 19hb November 2019 (lihat hujung bawah), Muhammed Yusoff Rawther (kemudian daripada ini dirujuk sebagai “Yusoff”) mendakwa telah diarahkan oleh setiausaha Anwar, Sukri Saad, untuk berjumpa Anwar di kediamannya di Bukit Segambut sebelum diperlakukan dengan cara tidak senonoh.

Muhammed Yusoff Rawther. Sumber (gambar): TTF

“Ketika itu hari hujan, saya agak sedikit basah sampai depan pintu, Datuk Seri Anwar membuka pintu tersebut.

“Dia meminta saya mengikutnya masuk ke dalam rumah, katanya ingin membincang berkenaan teks ucapan tersebut.

“Setelah teragak-agak untuk beberapa ketika, saya mengekori Datuk Seri Anwar memasuki rumah dan kemudiannnya ke bawah mengikuti tangga berbentuk “spiral” terus ke ruang seolah-olah perpustakaan.

“Itu kali pertama saya masuk ke dalam rumahnya. Dalam perpustakaan tersebut ada meja kerja, rak-rak buku dan sebuah “massage table” berwarna hitam.

“Dia berdiri menghadap saya dan suruh saya mendekatinya. Dengan perasaan yang agak takut, saya dengan perlahan-lahan berjalan ke arah Datuk Seri Anwar.

“Secara tiba-tiba, Datuk Seri Anwar mencuba untuk mencium pipi saya. Apabila saya elak, dia menarik saya rapat ke badannya dan mencium pipi saya serta menjilat leher saya.

Loading...

“Pada ketika itu, saya amat terkejut, panic, takut dan terkedu. Dia meminta saya membuka bajunya, dan apabila saya enggan, tidak memberi respons dan hanya kaku berdiri, dia membisik ke telingga saya “Give me a blowj*b.” Saya balas no dengan tegas,” dakwa Yusoff.

Menurut Yusoff lagi, Anwar kemudiannya membuka zip seluarnya dan mengeluarkan alat sulitnya sambil bertanya kepada Yusoff “You suka.”

Anwar kemudiannya didakwa cuba menanggalkan seluar Yusoff sebelum menyuarakan hasratnya untuk meliwat beliau.

Apabila Yusoff menolak, Anwar didakwa menjadi agresif sebelum akhirnya melepaskan Yusoff dalam keadaan marah.

Yusoff mendakwa telah dijemput oleh Anwar secara peribadi untuk bekerja dengannya ketika Anwar menziarahi datuk Yusoff, Mohamed Idris, di Pulau Pinang pada 2hb September 2018.

Sebelum ini, pada 19hb September 2019, Yusoff memfailkan saman terhadap setiausaha politik Anwar, Farhash Wafa Salvador Rizal Mubarak, atas dakwaan menumbuk beliau (Yusoff) berulang kali tanpa sebab di ofis Bukit Gasing Anwar.

RJ RITHAUDEEN

SURAT AKUAN BERSUMPAH YANG DIDAKWA DITANDATANGANI YUSOFF:



Your donation is much appreciated and will go a long way towards helping us serve you better. Click the donate button below to make a contribution (you don't need a Paypal account to donate through Paypal, simply follow the instructions once you click the button).


SUBSCRIBE TO US ON YOUTUBE:



YOUTUBE: THE THIRD FORCE

TELEGRAM: Raggie Jessy Rithaudeen

TWITTER: Raggie Jessy Rithaudeen

WEBSITE: raggiejessyrithaudeen.com

Loading...

COMMENTS

Comments

Comments



Loading...