Terkini: Anwar kantoi menipu isu serangan seksual, fizikal

“Anwar harus tampil memberi pencerahan berhubung penemuan saya yang terbaru ini. Saya berjanji akan membuat lebih banyak pendedahan secara berperingkat berhubung dakwaan seksual Yusoff dalam masa terdekat, termasuk menerusi satu ceramah yang akan diadakan tidak lama lagi”

Raggie Jessy Rithaudeen

Saya ingin membawa perhatian umum kepada satu kenyataan yang dikeluarkan oleh Dato’ Seri Anwar Ibrahim pada 5hb Disember 2019.




Pada tarikh tersebut, Anwar menyifatkan tuduhan yang dibuat terhadapnya oleh seorang yang bernama Muhammed Yusoff Rawther sebagai fitnah yang tidak berasas.

Tuduhan yang dimaksudkan dibuat oleh Yusoff menerusi satu akuan bersumpah bertarikh 19hb November 2019.

Dalam akuan bersumpah tersebut, Yusoff mendakwa diperlakukan secara tidak senonoh pada 2hb Oktober 2018 di sekitar pukul 3 petang di mana Anwar didakwa menyerangnya secara fizikal dan seksual serta cuba meliwatnya secara paksa.

Menurut Anwar, pada tarikh berkenaan, beliau giat menjalankan kempen sempena Pilihan Raya Kecil (PRK) Port Dickson serta menghadiri Majlis Memperingati Ulang Tahun Kelahiran Mahatma Gandhi ke-150 di Kuala Lumpur sebelum kembali semula ke Port Dickson untuk memenuhi jadual kempen.

Bagaiamanapun, apabila saya menyemak jadual program PRK Anwar di Port Dickson, saya mendapati bahawa acara terakhir Anwar pagi hari tersebut ialah “walkabout” pada pukul 9 pagi (lihat jadual di bawah).

Artikel bersambung selepas jadual

Loading...

Anwar juga mengesahkan menghadiri majlis di Kuala Lumpur pada lewat petang hari yang sama.

(Rujuk: https://twitter.com/anwaribrahim/status/1047121649617649664?lang=en)

Untuk makluman, masa yang diperlukan untuk perjalanan dari Kuala Lumpur ke Port Dickson dianggarkan tidak lebih dari 1 jam 20 minit.

Semakan jadual program Anwar turut mengesahkan bahawa acara beliau pada 2hb Oktober 2018 hanya bersambung pada pukul 9 malam.

Justeru, dari lewat pagi hinggalah ke pukul 7.30 malam, Anwar tidak berada di Port Dickson dan berada di Kuala Lumpur.

Ini bermakna masa dan tarikh kejadian yang didakwa Yusoff Rawther adalah munasabah kerana ianya memberikan cukup masa untuk beliau bersama dengan Anwar.

Ini turut bermakna Anwar tidak boleh guna alasan bahawa dia sibuk dengan PRK dan Majlis Ulangtahun Kelahiran Gandhi sebagai alibi kerana alasan tersebut tidak membawa apa-apa makna.

Bolehkah Anwar memberi sedikit pencerahan berhubung penemuan saya ini?



Your donation is much appreciated and will go a long way towards helping us serve you better. Click the donate button below to make a contribution (you don't need a Paypal account to donate through Paypal, simply follow the instructions once you click the button).


SUBSCRIBE TO US ON YOUTUBE:



YOUTUBE: THE THIRD FORCE

TELEGRAM: Raggie Jessy Rithaudeen

TWITTER: Raggie Jessy Rithaudeen

WEBSITE: raggiejessyrithaudeen.com

Loading...

COMMENTS

Comments

Comments



Loading...