Terkini: Anwar sah masuk perangkap Mahathir sekali lagi

Semalam, Mahathir mengaku mempunyai masalah dengan Anwar dan mendakwa presiden PKR itu tidak mengawal pengikut-pengikutnya seperti Rafizi Ramli yang terus-menerus mengecamnya. Sumber (gambar): Fail TTF

تركيني: انور صح ماسوق ڤراڠكڤ محضير سكالي لاڬي

Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini mengesahkan Tun Dr Mahathir Mohamad kini bukan lagi Pengerusi atau sebahagian daripada Pakatan Harapan (PH).

Menerusi satu sidang media di ibu pejabat PKR, Anwar berkata PH ketika ini hanya diwakili PKR, DAP dan Parti Amanah Negara (AMANAH) dan hanya wakil daripada tiga parti itu sahaja yang hadir pada mesyuarat pagi tadi.

Pengesahan ini bermakna Mahathir sekarang boleh berundur dari gabungan berkenaan dan menubuhkan blok pembangkangnya tersendiri.

Pengesahan ini turut bermakna DAP tidak boleh persalahkan Mahathir bagi pengunduran tersebut kerana puak Lim Guan Eng pada ketika ini bersekutu dengan Anwar dan menyokong agenda menjadikan Anwar Perdana Menteri.


PETALING JAYA: Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini mengesahkan Tun Dr Mahathir Mohamad kini bukan lagi Pengerusi atau sebahagian daripada Pakatan Harapan (PH).

Menerusi satu sidang media di ibu pejabat PKR, Anwar berkata PH ketika ini hanya diwakili PKR, DAP dan Parti Amanah Negara (AMANAH) dan hanya wakil daripada tiga parti itu sahaja yang hadir pada mesyuarat pagi tadi.




“Sekarang ini dan setakat hari ini, beliau (Dr Mahathir) bukan anggota PH. Namun, kita terbuka untuk berbincang.

“Beliau (Dr Mahathir) ada menjemput beberapa pemimpin PH untuk bertemu hari ini, namun saya tidak dapat hadir kerana ada sesi sidang media ini,” katanya pada sidang media berkenaan.

Anwar turut menyentuh beberapa dakwaan yang dibuat terhadapnya oleh pihak-pihak tertentu sambil medakwa kesabaranya berada pada tahap dewa.

Semalam, Mahathir mengaku mempunyai masalah dengan Anwar dan mendakwa presiden PKR itu tidak mengawal pengikut-pengikutnya seperti Rafizi Ramli yang terus-menerus mengecamnya.

“Budak-budak dia seperti Rafizi dan lain-lain semua, kecam saya…dan banyak orang kata, yang ini kerja Anwar,” ujar Mahathir.

Semalam juga, TTF membuat pembongkaran menerusi satu sidang live (LIHAT BAWAH, BAHAGIAN PENGHUJUNG) perbincangan yang sedang berlaku antara Anwar dan pihak-pihak tertentu dari UMNO.

Tindakan Anwar mengesahkan bahawa Mahathir bukan lagi Pengerusi atau sebahagian daripada Pakatan Harapan bermakna Mahathir sekarang boleh berundur dari gabungan berkenaan dan menubuhkan blok pembangkangnya tersendiri.

Loading...

Pengesahan ini turut bermakna DAP tidak boleh persalahkan Mahathir bagi pengunduran tersebut kerana puak Lim Guan Eng pada ketika ini bersekutu dengan Anwar dan menyokong agenda menjadikan Anwar Perdana Menteri.

Ya, Anwar sah masuk perangkap Mahathir sekali lagi.

RJ RITHAUDEEN

LIHAT JUGA SIDANG LIVE DI SINI:

https://www.facebook.com/2128468974136128/videos/651526872247071/



SUBSCRIBE TO US ON YOUTUBE:



YOUTUBE: THE THIRD FORCE

TELEGRAM: Raggie Jessy Rithaudeen

TWITTER: Raggie Jessy Rithaudeen

WEBSITE: raggiejessyrithaudeen.com

Loading...

COMMENTS

Comments

Comments



Loading...