TERKINI: ARMADA PPBM umum sokong Mahathir sebagai calon Perdana Menteri

Kenyataan ARMADA sekaligus bermakna Ahli Majlis Tertinggi PPBM masih belum memutuskan sebulat suara untuk mencalonkan Muhyiddin bagi jawatan Perdana Menteri. Sumber (gambar): TTF

تركيني: ارماد ڤڤبم عموم سوكوڠ محضير سباڬاي چالون ڤردان منتري

ARMADA Bersatu (PPBM) Malaysia semalam mengumumkan akan terus menyokong keputusan Ahli Majlis Tertinggi bertarikh 24hb Febuari 2020 di mana keputusan dicapai untuk menyokong Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai calon Perdana Menteri Malaysia.

Semalam, beberapa portal berita melaporkan PPBM memilih Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai calon parti bagi jawatan Perdana Menteri ke-8.

Walaubagaimanapun, TTF mendapat tahu keputusan itu bukanlah keputusan Majlis Kepimpinan Tertinggi parti tetapi kenyataan yang disalurkan oleh pemimpin tertentu dari parti kepada media.

Difahamkan, sokongan PPBM terhadap Muhyiddin bukannya menyeluruh, sekaligus bermakna perhitungan yang dibuat beberapa pihak kononnya Muhyiddin memperolehi sokongan 38 ahli PPBM adalah tidak benar.


SUBANG JAYA: ARMADA Bersatu (PPBM) Malaysia semalam mengumumkan akan terus menyokong keputusan Ahli Majlis Tertinggi bertarikh 24hb Febuari 2020 di mana keputusan dicapai untuk menyokong Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai calon Perdana Menteri Malaysia.

Menurut satu kenyataan, Naib Ketua ARMADA Bersatu Malaysia Aizad Roslan berkata keputusan yang dibuat pagi Jumaat (29hb Febuari 2020) tidak mewakili parti selagi mana ianya tidak mendapat mandat keseluruhan Ahli Majlis Kepimpinan Tertinggi.




“Armada Bersatu Malaysia akan terus mendokong amanat dan mandate rakyat yang telah diberikan pada PRU 14 yang lepas dan akan berikan sepenuhnya kepercayaan kepada Tun Dr Mahathir Mohamad selaku Pengerusi Parti Bersatu,” katanya.

Aizad menambah, ARMADA tetap dengan pendirian untuk tidak bekerjasama dengan individu yang telah terpalit dengan skandal rasuah dan sedang dalam perbicaraan.

Semalam, beberapa portal berita melaporkan PPBM memilih Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai calon parti bagi jawatan Perdana Menteri ke-8.

Walaubagaimanapun, TTF mendapat tahu keputusan itu bukanlah keputusan Majlis Kepimpinan Tertinggi parti tetapi kenyataan yang disalurkan oleh pemimpin tertentu dari parti kepada media.

Difahamkan, sokongan PPBM terhadap Muhyiddin bukannya menyeluruh, sekaligus bermakna perhitungan yang dibuat beberapa pihak kononnya Muhyiddin memperolehi sokongan 38 ahli PPBM adalah tidak benar.

THE THIRD FORCE



SUBSCRIBE TO US ON YOUTUBE:



YOUTUBE: THE THIRD FORCE

TELEGRAM: Raggie Jessy Rithaudeen

TWITTER: Raggie Jessy Rithaudeen

WEBSITE: raggiejessyrithaudeen.com

Loading...

COMMENTS

Comments

Comments



Loading...