تركيني: عزم باكي مڠاكو اكاءونڽ دڬوناكن اونتوق بلي ساهم، نامون بركات ڤمبلين دبوات اوليه اديقڽ
Saham-saham yang dikaitkan dengan Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Tan Sri Azam Baki dibeli melalui pasaran terbuka oleh adiknya menggunakan akaun trading miliknya.
Menerusi sidang media khas yang dikendalikan oleh Lembaga Penasihat Pencegahan Rasuah (LPPR), Azam Baki berkata, perkara itu sudah dijelaskan kepada Panel LPPR dan ahli-ahli panel berpuas hati dengan penjelasannya.
Namun, ini merupakan pengakuan secara langsung oleh Azam bahawa akaun trading miliknya sah digunakan untuk membeli saham dalam sebuah syarikat senarai awam ketika berkhidmat sebagai Ketua Pesuruhjaya SPRM.
TTF berpandangan bahawa wujud unsur salah guna kuasa dan kedudukan serta konflik kepentingan, memandangkan akaun yang digunakan untuk membeli saham yang dimaksudkan adalah milik Azam Baki, ketika beliau masih menjawat jawatan ketua pesuruhjaya SPRM.

Azam mendakwa beliau tiada kepentingan ke atas saham-saham yang dibeli oleh adiknya, Nasir Baki, dan atas dasar itu, tidak wujud soal “konflik kepentingan.”
BACA JUGA: “NAJIB MELAKUKANNYA SEKALI LAGI…AMAT MEMALUKAN!!!”
“Saham-saham itu dibeli melalui pasaran terbuka oleh adik saya menggunakan pembiayaannya dan saham-saham syarikat yang dibeli olehnya tiada kaitan dengan siasatan oleh SPRM.
“Bagaimanapun, saham-saham tersebut telah dipindahkan kepada akaun saham beliau (Nasir) kemudiannya.
“Saya tidak melihat ia satu isu apabila membenarkan adik saya menggunakan akaun saya untuk membeli saham. Jika ia satu kesalahan beritahu saya bahawa ia adalah satu kesalahan,” katanya.
Namun, ini merupakan pengakuan secara langsung oleh Azam bahawa akaun trading miliknya sah digunakan untuk membeli saham dalam sebuah syarikat senarai awam ketika berkhidmat sebagai Ketua Pesuruhjaya SPRM.
Menurut Edmund Terence Gomez, sebelum ini, Ahli Parlimen Sungai Buloh R Sivarasa telah memfailkan usul tergempar meminta Dewan Rakyat membincangkan dakwaan pemilikan hampir dua juta saham Azam dalam sebuah syarikat senaraian awam.
“Sivarasa telah mendakwa bahawa antara 2015 dan 2016, semasa Azam menjadi pengarah siasatan SPRM, beliau telah menjadi pemilik 930,000 saham dalam Gets Global Bhd pada 30 April 2015 dan 1,029,000 saham lagi pada 31 Mac 2016.
“Sivarasa juga mendakwa, sehingga 21 Mac 2016, Azam juga memiliki 2,156,000 saham dalam senarai awam Excel Force MSC Bhd, manakala adiknya memiliki 3,728,000 saham dalam Gets Global,” katanya.
TTF berpandangan bahawa wujud unsur salah guna kuasa dan kedudukan serta konflik kepentingan, memandangkan akaun yang digunakan untuk membeli saham yang dimaksudkan adalah milik Azam Baki, ketika beliau masih menjawat jawatan ketua pesuruhjaya SPRM.
Minggu lalu, Gomez meletak jawatan sebagai ahli panel LPPR selepas mendakwa panel itu gagal membincangkan laporan-laporan yang membabitkan pegawai-pegawai tinggi di suruhanjaya berkenaan, termasuk Azam Baki.
THE THIRD FORCE
WAJIB BACA:
Ismail Sabri sah gagal, namun MKT UMNO tidak ada hak berperlembagaan kawal keputusan Perdana Menteri