
تركيني: بارو بيان سرتاي ڤرتي سراوق برساتو
Bekas Menteri Kerja Raya, Baru Bian menyifatkan dirinya sebagai ‘katak yang baik’ apabila menyertai Parti Sarawak Bersatu (PSB) hari ini.
Bekas Pengerusi Parti Keadilan Rakyat (PKR) Sarawak itu menyifatkan, mereka yang keluar daripada parti berkenaan adalah ‘katak yang bijak’.
“Kita terpaksa bertukar parti disebabkan pelbagai faktor, antaranya perubahan yang berlaku dalam parti,” katanya apabila ditanya perasaannya jika ada yang menggelarnya sebagai ‘katak’ seperti yang biasa berlaku kepada mana-mana ahli politik yang melompat parti.
Baru bersama Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batu Lintang, See Chee How, mengadakan sidang media bersama Presiden PSB, Datuk Seri Wong Soon Koh, bagi mengesahkan penyertaan mereka dalam parti itu, hari ini.
KUCHING: Bekas Menteri Kerja Raya, Baru Bian menyifatkan dirinya sebagai ‘katak yang baik’ apabila menyertai Parti Sarawak Bersatu (PSB) hari ini.
Bekas Pengerusi Parti Keadilan Rakyat (PKR) Sarawak itu menyifatkan, mereka yang keluar daripada parti berkenaan adalah ‘katak yang bijak’.
Justeru katanya, beliau tidak kisah jika ada yang menggelarnya sebagai ‘katak’ kerana kerap bertukar parti sejak menyertai politik pada 1987.
“Biarlah orang hendak kata apa mengenai saya, tetapi mereka harus faham maksud katak dalam politik.
“Kita terpaksa bertukar parti disebabkan pelbagai faktor, antaranya perubahan yang berlaku dalam parti,” katanya apabila ditanya perasaannya jika ada yang menggelarnya sebagai ‘katak’ seperti yang biasa berlaku kepada mana-mana ahli politik yang melompat parti.
Baru bersama Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batu Lintang, See Chee How, mengadakan sidang media bersama Presiden PSB, Datuk Seri Wong Soon Koh, bagi mengesahkan penyertaan mereka dalam parti itu, hari ini.
Baru menceburi politik pada 1987 dengan menyertai Parti Bansa Dayak Sarawak (PBDS) dengan jawatan terakhir sebagai Ahli Majlis Tertinggi parti itu pada 2003.
Pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Ba’kelalan 2004 susulan kematian ADUN kawasan itu, Dr Judson Sakai Tagal yang terkorban dalam nahas helikopter, Baru bertanding sebagai calon Bebas, namun tewas.
Pilihan Raya Negeri 2006, beliau menyertai Parti Kebangsaan Sarawak (SNAP) dan bertanding di DUN Ba’kelalan, namun sekali lagi tewas.
Pada 2008, beliau menyertai PKR hingga dipecat daripada parti itu pada awal Mac lalu.
Baru berkata, selepas meninggalkan PKR, lebih 80 peratus bekas ahli parti itu di Sarawak mengikuti jejaknya menyertai PSB, namun beliau tidak menyatakan angka yang tepat mengenainya.
“Apa yang boleh saya katakan ialah semua yang sudah mengisytiharkan keluar daripada PKR kini menyertai PSB,” katanya.
Mengenai kemungkinan beliau antara 129 Ahli Parlimen yang didakwa menyokong Tun Dr Mahathir untuk membentuk kerajaan baharu, Baru berkata, beliau sememangnya penyokong kuat bekas Perdana Menteri itu.
PSB yang ditubuhkan oleh Datuk Seri Wong Soon Koh pada 2014 adalah serpihan Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) susulan krisis kepimpinan dalam parti itu.
Ketika ditubuhkan, PSB yang ketika itu dikenali sebagai Parti Rakyat Bersatu (UPP) adalah parti yang mesra Barisan Nasional (BN) dan Soon Koh terus memegang jawatan sebagai Menteri Kanan dalam Kabinet Sarawak.
Bagaimanapun, pada 15 Julai 2019, Soon Koh meletak jawatan dalam Kabinet Sarawak sekali gus mengisytihar PSB sebagai parti pembangkang di Sarawak.
Pada Pilihan Raya Negeri Ke-11 (PRN-11), PSB yang ketika itu dikenali sebagai UPP meletakkan tujuh wakil mereka sebagai calon langsung BN dengan lima daripadanya menang iaitu Datuk Ranum Mina (Opar), Datuk Dr Jerip Susil (Bengoh), Dr Johnicol Rayong Ngipa (Engkelili), Datuk Seri Wong Soon Koh (Bawang Assan) dan Datuk Tiong Thai King (Dudong) manakala dua lagi tewas iaitu Datin Janet Lau (Pelawan) dan Datuk Hii King Chiong (Pujut).
Pada 11 Julai 2019, Dr Jerip yang ketika itu Timbalan Presiden PSB keluar parti itu dan kini menyertai Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB).
Pilihan Raya Umum Ke-14, PSB meletakkan dua calon untuk bertanding iaitu di Parlimen Sibu serta Lanang, tetapi mereka menggunakan lambang BN-SUPP, namun kedua-duanya tewas.
PSB memperoleh kerusi Parlimen sulungnya apabila Ahli Parlimen Sri Aman, Datuk Masir Kujat menyertai mereka pada 7 Mac 2019 selepas beliau keluar dari Parti Rakyat Sarawak (PRS).
Sumber:
NOTA: SAYA MEMBUAT PENGUMUMAN-PENGUMUMAN PENTING DARI MASA KE SEMASA EKSKLUSIF MENERUSI SALURAN TELEGRAM BERIKUT:
