
Nota: Artikel ini di edit pada 9.33 pagi, 30/10/2019 bagi membetulkan kesilapan berhubung penggunaan MO1 sebelum ini yang salah.
Bekas Ketua Pegawai Eksekutif 1MDB, Datuk Shahrol Azral Ibrahim Halmi, mengaku bahawa Casey Tang Keng Chee merupakan “1MDB Officer 1” yang disebutkan dalam laporan DoJ (Jabatan Keadilan Amerika Syarikat).
Shahrol berkata demikian ketika disoal siasat oleh Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah di hadapan Hakim Mahkamah Tinggi Collin Lawrence Sequerah
Menurut Shahrol, beliau hanya mengkaji dokumen DoJ “sepintas lalu” kerana tersinggung dengan dakwaan DoJ bahawa beliau bersubahat secara rela mengalihkan AS$700 juta (lebih kurang RM2.93 bilion) dari 1MDB ke syarikat Good Star Ltd milik Low Taek Jho, dikenali juga sebagai Jho Low.
Shahrol mengaku bahawa tidak ada sesiapapun dari DoJ berhubung perkara tersebut, menyebabkan agensi keadilan tersebut tidak mempunyai maklumat lengkap berhubung transaksi berkenaan.
PETALING JAYA: Bekas Ketua Pegawai Eksekutif 1MDB, Datuk Shahrol Azral Ibrahim Halmi, mengaku bahawa Casey Tang Keng Chee merupakan “1MDB Officer 1” yang disebutkan dalam laporan DoJ (Jabatan Keadilan Amerika Syarikat).
Menurut laporan The Edge Markets, Shahrol, yang merupakan saksi ke-sembilan pihak pendakwaraya, turut memberitahu Mahkamah bahawa beliau merupakan “1MDB Officer 2” yang disebutkan dalam laporan sama.
Shahrol berkata demikian ketika disoal siasat oleh Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah di hadapan Hakim Mahkamah Tinggi Collin Lawrence Sequerah.
Shafee merupakan peguam bela utama mewakili Dato’ Seri Najib Tun Razak dalam kes perbicaraan 1MDB yang turut melibatkan syarikat-syarikat lain berkaitan.
Menurut Shahrol, beliau hanya mengkaji dokumen DoJ “sepintas lalu” kerana tersinggung dengan dakwaan DoJ bahawa beliau bersubahat secara rela mengalihkan AS$700 juta (lebih kurang RM2.93 bilion) dari 1MDB ke syarikat Good Star Ltd milik Low Taek Jho, dikenali juga sebagai Jho Low.
Shahrol mengaku tidak ada sesiapapun dari DoJ berhubung perkara tersebut, menyebabkan agensi keadilan tersebut tidak mempunyai maklumat lengkap berhubung transaksi berkenaan.
“Tidak ada sesiapapun dari DoJ bertanya kepada saya apa yang berlaku,” katanya.
Menurut laporan DoJ, 1MDB Officer 2 memperdaya Lembaga Pengarah 1MDB dan beberapa bank dengan dakwaan kononnya Good Star dimiliki PetroSaudi International Ltd (PSI), bukan Low.
THE THIRD FORCE
