Terkini: Bekas Pengarah Jabatan Tanah didakwa bantu lulus 20,000 ekar tanah Sabah kepada syarikat Musa Aman [DOKUMEN DISERTAKAN]

Terdapat dokumen yang mencadangkan Musa terpalit dalam satu skandal tanah yang amat besar di negeri Sabah dan menyalah gunakan kuasanya bagi mendapatkan tanah itu. Sumber (gambar): Fail TTF

تركيني: بكس ڤڠاره جابتن تانه ددعوا بنتو لولوس 20،000 ايكار تانه سابه كڤد شريكت موسى امان

Bekas Menteri Besar Sabah Tan Sri Musa Aman didakwa telah memohon 20,000 ekar tanah untuk syarikatnya ketika masih menyandang jawatan Pengerusi Yayasan Sabah dengan bantuan Datuk Osman Jamal yang bergelar Pengarah Jabatan Tanah dan Ukur (JTU) pada ketika itu.

Dakwaan berkenaan timbul susulan penularan salinan surat daripada JTU bertarikh 20hb November 1997 menunjukkan syarikat Corak Nakhoda Sdn. Bhd. (Corak Nakhoda) memohon tanah berkeluasan 20,000 ekar untuk tujuan pertanian.

Dokumen-dokumen ini sedikit sebanyak memberi gambaran sebab sebenar Osman begitu ‘marah’ dengan tindakan Datuk Seri Shafie Apdal memberikan geran tanah tersebut kepada rakyat Sabah.

Rupa-rupanya, Osman sendiri terlibat dengan kelulusan tanah kepada syarikat Musa dan mungkin juga mempunyai kepentingan tertentu dalam tanah itu.


PETALING JAYA: Bekas Menteri Besar Sabah Tan Sri Musa Aman didakwa telah memohon 20,000 ekar tanah untuk syarikatnya ketika masih menyandang jawatan Pengerusi Yayasan Sabah dengan bantuan Datuk Osman Jamal yang bergelar Pengarah Jabatan Tanah dan Ukur (JTU) pada ketika itu.

Dakwaan berkenaan timbul susulan penularan salinan sepucuk surat daripada JTU bertarikh 20hb November 1997 menunjukkan syarikat Corak Nakhoda Sdn. Bhd. (Corak Nakhoda) memohon tanah berkeluasan 20,000 ekar untuk tujuan pertanian.




Bersambung di bawah…

Surat tersebut ditularkan oleh shahbudindotcom.net dan Borneo Today (hujung bawah) yang turut melampirkan dokumen yang didakwa membuktikan Musa merupakan salah seorang daripada tiga pengarah syarikat berkenaan semasa permohonan tanah itu dibuat.

Bersambung di bawah…

Dokumen-dokumen ini mencadangkan Musa dan Osman terpalit dalam satu skandal tanah yang amat besar di negeri Sabah dan menyalah gunakan kuasa masing-masing bagi tujuan membantu syarikat Musa mendapatkan tanah itu.

Ini memandangkan permohonan syarikat Corak Nakhoda dibuat ketika Musa Aman masih menyandang jawatan Pengerusi Yayasan Sabah manakala Osman masih bergelar Pengarah Jabatan Tanah dan Ukur.

Loading...

Selain dua surat itu, turut ditularkan sekeping gambar yang menunjukkan peta lokasi tanah yang dimaksudkan itu di Tongod.

Bersambung di bawah…

Dokumen-dokumen ini sedikit sebanyak memberi gambaran sebab Osman begitu ‘marah’ dengan tindakan Datuk Seri Shafie Apdal memberikan geran tanah tersebut kepada rakyat Sabah.

Rupa-rupanya, Osman sendiri terlibat dengan kelulusan tanah kepada syarikat Musa dan mungkin juga mempunyai kepentingan tertentu dalam tanah itu.

Jika benar, maka sahlah rakyat Sabah tertipu sejak berpuluh tahun dahulu oleh bekas pemimpin negeri yang berhasrat untuk menjadi Ketua Menteri sekali lagi.

THE THIRD FORCE

NOTA: SAYA MEMBUAT PENGUMUMAN-PENGUMUMAN PENTING DARI MASA KE SEMASA EKSKLUSIF MENERUSI SALURAN TELEGRAM BERIKUT:



SUBSCRIBE TO US ON YOUTUBE:



YOUTUBE: THE THIRD FORCE

TELEGRAM: Raggie Jessy Rithaudeen

TWITTER: Raggie Jessy Rithaudeen

WEBSITE: raggiejessyrithaudeen.com

Loading...

COMMENTS

Comments

Comments



Loading...