
“Apa yang berlaku di Melaka semuanya sandiwara, namun Idris tidak menjangka bahawa Zahid akan melucutkan keahliannya dalam UMNO dan meminta Dewan Undangan Negeri Melaka dibubarkan”
Raggie Jessy Rithaudeen
تركيني: ديساس دسوس إدريس هراون ايڠين كمبالي جادي كتوا منتري ملاك
Kenyataan Idris Haron yang tidak menolak kemungkinan beliau dinamakan sebagai calon Ketua Menteri Melaka menimbulkan spekulasi bahawa Pilihan Raya Negeri Melaka tercetus disebabkan keinginan Idris menjadi Ketua Menteri.
Menurut Idirs, yang kini menjadi calon Pakatan Harapan (PH) Dewan Undangan Negeri (DUN) Asahan, desas desus bahawa beliau ingin kembali menerajui pentadbiran selepas Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka merupakan modal kempen lawan.
Namun, Idris tidak menolak kemungkinan itu.
“Siapa pun jadi ketua menteri tak penting, yang penting ialah kerajaan yang menaungi rakyat negeri ini.
“Saya, Idris Haron, pun tak penting kerana tumpuannya ialah masa depan rakyat Melaka,” Idris dilaporkan sebagai berkata.
Sebelum ini, saya menulis:
Menurut sumber UMNO, Idris ‘dipengaruhi’ oleh pihak tertentu dari dalam UMNO Melaka untuk bersama Pakatan Harapan menentang Ketua Menteri Melaka.
Idris beranggapan bahawa jika kerajaan Melaka yang dipimpin oleh UMNO tumbang, Zahid mungkin akan berunding dengannya untuk ‘menyelamatkan’ keadaan dan bersetuju untuk mencalonkannya sebagai Ketua Menteri Melaka yang baharu.
Jadi apa yang berlaku di Melaka semuanya sandiwara, namun Idris tidak menjangka bahawa Zahid akan melucutkan keahliannya dalam UMNO dan meminta Dewan Undangan Negeri Melaka dibubarkan.
Berdasarkan versi ini, kedua-dua Idris dan Zahid memiliki agenda peribadi namun Idirs akhirnya diperalatkan oleh Zahid tanpa pengetahuannya.
Benar atau tidak, amat pelik apabila Yang Di-Pertua Negeri Melaka terus bersetuju untuk membubarkan Dewan Undangan Negeri Melaka tanpa bertemu terlebih dahulu dengan semua Ahli Dewan Undangan Negeri
WAJIB BACA:
LAPORAN DIBUAT, POLIS DIMINTA SIASAT NAJIB RAZAK ATAS FITNAH BERHUBUNG RCI FOREX

