
تركيني: فوتو ڤرتموان محي الدين، زاهيد د رومه محضير
Penularan di media sosial gambar satu pertemuan di kediaman Tun Dr Mahathir Mohamad menimbulkan pelbagai spekulasi apabila ianya dikatakan berlaku pada petang 23 Februari lalu, beberapa jam sebelum mesyuarat tergempar Majlis Pimpinan Tinggi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM).
Dalam gambar tersebut, Mahathir dilihat duduk di ruang tamu bersama Presiden Umno, Ahmad Zahid Hamidi; Pengerusi GPS, Abang Johari Openg; Ketua whip GPS, Fadillah Yusof; Presiden Bersatu, Muhyiddin Yassin; Presiden Warisan, Shafie Apdal; Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali (kini bekas timbalan) dan Presiden PAS, Abdul Hadi Awang.
Dalam gambar berkenaan, Mahathir dilihat sibuk membaca sesuatu dan seolah-olah tidak mengendahkan hadirin lain yang dilihat sedang berbual.
Menurut laporan Malaysiakini, anggota Majlis Pimpinan Tertinggi Bersatu, Akhramsyah Sanusi berkata pertemuan itu diatur oleh Muhyiddin setelah gagal meyakinkan Mahathir untuk keluar daripada PH pada mesyuarat parti sebelumnya.
PETALING JAYA: Penularan di media sosial gambar satu pertemuan di kediaman Tun Dr Mahathir Mohamad menimbulkan pelbagai spekulasi apabila ianya dikatakan berlaku pada petang 23 Februari lalu, beberapa jam sebelum mesyuarat tergempar Majlis Pimpinan Tinggi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM).
Dalam gambar tersebut, Mahathir dilihat duduk di ruang tamu bersama Presiden Umno, Ahmad Zahid Hamidi; Pengerusi GPS, Abang Johari Openg; Ketua whip GPS, Fadillah Yusof; Presiden Bersatu, Muhyiddin Yassin; Presiden Warisan, Shafie Apdal; Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali (kini bekas timbalan) dan Presiden PAS, Abdul Hadi Awang.
Menurut beberapa pihak, ini adalah ‘bukti’ Mahathir menyokong usaha membawa keluar Bersatu dari Pakatan Harapan (PH) untuk membentuk gabungan kerajaan baru.
Walaubagaimanapun, TTF diberitahu bahawa mesyuarat itu dirancang oleh Muhyiddin tetapi tidak pasti jika ianya dibincangkan terlebih dahulu dengan Mahathir.
Dalam gambar berkenaan, Mahathir dilihat sibuk membaca sesuatu dan seolah-olah tidak mengendahkan hadirin lain yang dilihat sedang berbual.
Menurut laporan Malaysiakini, anggota Majlis Pimpinan Tertinggi Bersatu, Akhramsyah Sanusi berkata pertemuan itu diatur oleh Muhyiddin setelah gagal meyakinkan Mahathir untuk keluar daripada PH pada mesyuarat parti sebelumnya.
“Selepas mesyuarat (Bersatu), Muhyiddin kemudian membuat kejutan kepada Tun dengan memaklumkan kepadanya bahawa pemimpin parti-parti Melayu sedang menunggu Tun di rumahnya.
“Saya tahu setelah 6 jam perjumpaan di HQ Bersatu di mana dia gagal meyakinkan Tun untuk meninggalkan PH, Muhyiddin dengan Zahid, Hadi dan yang lain gagal meyakinkan Tun di rumahnya walaupun setelah hampir dua jam berbincang.
“Mereka meninggalkan rumah Tun selepas menyangka akan berjaya dan membuat temu janji untuk bertemu Agong. Kami tidak tahu apa yang mereka maklumkan kepada Agong,” Akhramsyah dilaporkan sebagai berkata.
Menurut laporan, Muhyiddin dan yang lain kemudian meneruskan ‘Langkah Sheraton’ walaupun Mahathir tidak bersama mereka.
Akhramsyah turut dilaporakan berkata, Mahathir tidur lebih awal sekitar jam 10 malam dan tidak terlibat dalam rancangan itu.
Akhramsyah menambah, Mahathir memutuskan untuk meletakkan jawatan sebagai Pengerusi Bersatu keesokan harinya selepas melihat Muhyiddin dan pemimpin Bersatu lain mengkhianati kepercayaan yang telah diberikan kepadanya untuk memutuskan apakah parti itu harus keluar daripada PH.
“Tun tidak merancang ini. Tun tidak memberikan restu.Tun menentang idea ini untuk meninggalkan PH tanpa termakan hasutan sejak awal.”
THE THIRD FORCE
NOTA: SAYA MEMBUAT PENGUMUMAN-PENGUMUMAN PENTING DARI MASA KE SEMASA EKSKLUSIF MENERUSI SALURAN TELEGRAM BERIKUT:
