Terkini: Ismail Sabri sah tidak perlu usul pembubaran parlimen tahun ini

“Zahid berjaya menimbulkan keraguan serius dalam UMNO bahawa Barisan Nasional boleh menang PRU15”

Raggie Jessy Rithaudeen

تركيني: برداسركن ءڤڠاكوانء زاهيد، اسماعيل صبري صح تيدق ڤرلو اصول ڤمبوبرن ڤرليمين تاهون اين

Datuk Seri Ismail Sabri secara sah tidak perlu mengusulkan pembubaran parlimen kepada Yang Di-Pertuan Agong tahun ini atau sebelum penggal penuh parlimen ke-14 berakhir.

Ini disebabkan satu kenyataan yang dibuat oleh presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, pada 22hb Ogos 2022.




Kenyataan itu menimbulkan keraguan serius bahawa Barisan Nasional (BN) boleh menang Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Dalam kenyataan itu, Zahid meminta agar tidak menjadikan alasan bimbang Parlimen akan tergantung bagi menghalang diadakan PRU15.

“Keadaan ini bukanlah situasi yang teruk seperti digambarkan pihak tertentu malah, tidaklah menyebabkan kemusnahan sesebuah negara atau ekonomi terjejas teruk,” katanya dalam hantaran di Facebook.

Menerusi kenyataan tersebut, Zahid terang-terang bersetuju diadakan PRU awal sekalipun Barisan Nasional (BN) tidak menang, disamping memberi gambaran beliau tidak 100% yakin BN akan menang.

Ini bercanggah dengan kenyataan beliau pada Perhimpunan Agung UMNO (PAU) Mac lalu.

Pada perhimpunan itu, Zahid mendakwa BN semestinya akan menang sekiranya PRU15 disegerakan dan menggunakan alasan ini sebagai syarat untuk mendapatkan persetujuan deligasi agar PRU15 diadakan secepat mungkin.

Maknanya, ketetapan PAU berbunyi, “PRU15 perlu diawalkan jika BN boleh menang.”

Loading...

Perkara ini dipersetujui oleh Ismail Sabri selaku naib presiden UMNO, di mana beliau berjanji untuk “tidak tunggu walau sesaat sekalipun” jika yakin BN akan menang.

Namun, kenyataan terkini Zahid membayangkan kepimpinan UMNO tidak yakin BN boleh menang dan setuju diadakan PRU awal sekalipun BN tidak menang, bermakna ketetapan PAU kini membawa maksud “PRU15 tidak lagi perlu diawalkan.”

Ini bermakna, Ismail Sabri tidak lagi perlu mempertimbangkan pembubaran awal parlimen.

Jangan lupa, ketetapan PAU semestinya mengatasi ketetapan Majlis Kerja Tertinggi (MKT) berdasarkan peruntukan perlembagaan UMNO.

Justeru, MKT tidak boleh membuat sebarang ketetapan baharu berhubung PRU15 atau pembubaran parlimen yang boleh mengatasi ketetapan PAU.

Namun, biar apa pun pendapat Zahid atau ketetapan PAU, sebarang keputusan atau ketetapan UMNO tidak wajib dipersetujui oleh Ismail Sabri selaku Perdana Menteri Malaysia.

Khamis lalu, saya menulis:

Sebagai ahli UMNO, Ismail Sabri tertakluk kepada semua keputusan yang ditetapkan parti menerusi Perhimpunan Agung UMNO (PAU).

Namun, sebagai Perdana Menteri, beliau tidak tertakluk kepada sebarang keputusan parti berhubung soal tadbir urus negara atau pengusulan pembubaran parlimen dan hanya bertanggungjawab kepada rakyat, kerajaan dan Yang Di-Pertuan Agong.

Kedua-dua peranan ini tidak saling bertindih, malah, peranan Ismail Sabri sebagai Perdana Menteri berkait dengan keahliannya di Dewan Rakyat dan termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan, sekaligus menjadikannya peranan lebih utama berbanding peranannya sebagai ahli UMNO.

Tindakan kepimpinan tertinggi UMNO menekan Ismail Sabri untuk mengusulkan pembubaran parlimen adalah salah, memandangkan parti politik tidak berhak memaksa perdana menteri untuk melakukan sesuatu.

Justeru, jika Ismail Sabri terus ditekan oleh kepimpinan tertinggi UMNO untuk mengusulkan pembubaran parlimen, beliau perlu membuat kenyataan rasmi yang padu dan tegas bagi mengumumkan pendiriannya sebagai Perdana Menteri kepada rakyat jelata dan UMNO.

Saya turut berharap bahawa Ismail Sabri menghadap Yang Di-Pertuan Agong dalam masa terdekat dan mengusulkan pengisytiharan Darurat Politik.

Ini adalah untuk membawa kestabilan politik secara paksa sehingga penggal penuh parlimen tamat, dan dalam tempoh ini, Ismail Sabri boleh mengusulkan Ordinan Darurat yang bersesuaian untuk melumpuhkan terus politik negara.



SUBSCRIBE TO US ON YOUTUBE:



YOUTUBE: THE THIRD FORCE

TELEGRAM: Raggie Jessy Rithaudeen

TWITTER: Raggie Jessy Rithaudeen

WEBSITE: raggiejessyrithaudeen.com

Loading...

COMMENTS

Comments

Comments



Loading...