
تركيني: كاجين بادن ڤڽليديق چادڠ ماجوريتي ملايو-اسلام تيدق ستوجو كڤيمڤينن موافقة ناسيونل
Kajian badan penyelidik QGenAnalysts (QGA) bertajuk analisis persepsi ‘Parti Mana Layak Mengetuai Muafakat Nasional’ mendapati 59 peratus responden Melayu memilih Pas untuk mengetuai Muafakat Nasional sementara 41 peratus memilih UMNO.
Sebelum ini, TTF berulang kali mendakwa UMNO sebenarnya memperkudakan kedua-dua PAS dan Tan Sri Muhyiddin Yassin untuk kepentingan peripadi kepimpinan Team A yang diterajui Datuk Seri Najib Tun Razak.
Maka tidak hairanlah 59 peratus responden Melayu-Islam inginkan PAS mengetuai Muafakat Nasional jika benar pilihan yang diberikan kepada responden hanya UMNO dan PAS tanpa melibatkan parti lain.
Secara tidak langsung, kajian ini mencadangkan “majoriti Melayu-Islam tidak setuju dengan struktur kepimpinan Muafakat Nasional” dan tercari-cari alternatif lain memandangkan PAS dan UMNO gagal mencapai kata sepakat dalam hampir semua perkara walaupun mengaku “bermuafakat ke arah penyatuan ummah.”
PETALING JAYA: Kajian badan penyelidik QGenAnalysts (QGA) bertajuk analisis persepsi ‘Parti Mana Layak Mengetuai Muafakat Nasional’ mendapati 59 peratus responden Melayu memilih Pas untuk mengetuai Muafakat Nasional sementara 41 peratus memilih UMNO.
“59 peratus responden Melayu melihat Pas lebih layak mengetuai Muafakat Nasional atas faktor Pas mempunyai dasar yang konsisten dan jentera yang kukuh.
“Selebihnya 41 peratus memilih UMNO kerana kekuatannya memiliki pemimpin yang berpengalaman dan pencapaian pentadbiran yang baik,” kata badan penyelidik itu di Facebooknya hari ini.
Sebelum ini, TTF berulang kali mendakwa UMNO sebenarnya memperkudakan kedua-dua PAS dan Tan Sri Muhyiddin Yassin untuk kepentingan peripadi kepimpinan Team A yang diterajui Datuk Seri Najib Tun Razak.
Perkara ini menjadi semakin nyata apabila UMNO sentiasa membuat keputusan penting melibatkan Muafakat Nasional tanpa merujuk terlebih dahulu kepada PAS malah menganak-tirikan terus PAS dalam persiapan menghadapi Pilihan Raya Negeri Sabah.
Perselisihan terbuka antara kepimpinan PAS dan UMNO dalam beberapa isu menyebabkan undi Melayu-Islam dan Bumiputra-Muslim yang sedia berpecah makin berterabur, khususnya apabila UMNO gagal mendaftarkan Muafakat Nasional dan mencadangkan agar PAS bertanding bawah bendera Barisan Nasional.
Kegagalan UMNO bermuzakarah dengan PAS berhubung agihan kerusi di Sabah dan kesediaan PAS untuk melutut kepada UMNO biarpun dinafikan terus kerusi untuk bertanding menyebabkan kepimpinan dan akar umbi PAS naik berang dan inginkan PAS menguasai keadaan.
Maka tidak hairanlah 59 peratus responden Melayu-Islam inginkan PAS mengetuai Muafakat Nasional jika benar pilihan yang diberikan kepada responden hanya UMNO dan PAS tanpa melibatkan parti lain.
Secara tidak langsung, kajian ini mencadangkan “majoriti Melayu-Islam tidak setuju dengan struktur kepimpinan Muafakat Nasional” dan tercari-cari alternatif lain memandangkan PAS dan UMNO gagal mencapai kata sepakat dalam hampir semua perkara walaupun mengaku “bermuafakat ke arah penyatuan ummah.”
THE THIRD FORCE
NOTA: SAYA MEMBUAT PENGUMUMAN-PENGUMUMAN PENTING DARI MASA KE SEMASA EKSKLUSIF MENERUSI SALURAN TELEGRAM BERIKUT:
