Terkini: Khairuddin sahkan sokongan majoriti milik kem Mahathir, akan dedah dalam masa terdekat

Menurut Khairuddin, bukan hanya Anwar tidak memiliki sokongan majoriti, Tan Sri Muhyiddin Yassin turut menubuhkan kerajaan tanpa memiliki sokongan yang sewajarnya. Sumber (gambar): Fail TTF

تركيني: خير الدين دده سوكوڠن ماجوريتي صح ميليق كم محضير، اكن بوقتي دالم ماس تردكت

Tindakan tidak bertanggungjawab Datuk Seri Anwar Ibrahim menipu kononnya beliau memiliki sokongan majoriti bukan hanya meresahkan rakyat Malaysia, ianya menimbulkan kegusaran di kalangan para pelabur dan menyebabkan paras komposit indeks Bursa Saham jatuh teruk.

Demikian menurut bekas penyelaras parlimen Jasin, Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan, yang menambah tindak tanduk Anwar merupakan satu bentuk sabotaj terhadap ekonomi negara yang harus disiasat pihak berkuasa.

Khairuddin turut berkata sokongan majoriti kini milik gandingan Tun Dr Mahathir Mohamad bersama seorang lagi tokoh pemimpin negara, di mana perkara ini akan didedahkan dalam masa terdekat.

“Dalam sedikit masa lagi kami akan buktikan bahawa Tun Dr Mahathir Mohamad mempunyai majoriti sokongan ahli-ahli parlimen bersama seorang lagi tokoh pemimpin negara.

“Hanya gandingan dua tokoh pemimpin ini yang boleh selamatkan Malaysia kerana kedua mereka tidak mempunyai sebarang agenda kepentingan diri.”


PETALING JAYA: Tindakan tidak bertanggungjawab Datuk Seri Anwar Ibrahim menipu kononnya beliau memiliki sokongan majoriti bukan hanya meresahkan rakyat Malaysia, ianya menimbulkan kegusaran di kalangan para pelabur dan menyebabkan paras komposit indeks Bursa Saham jatuh teruk.

Demikian menurut bekas penyelaras parlimen Jasin, Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan, yang berkata tindak tanduk Anwar merupakan satu bentuk sabotaj terhadap ekonomi negara yang harus disiasat oleh pihak berkuasa.




“Pihak penguatkuasa undang-undang harus ambil tidakan tegas keatas Anwar Ibrahim kerana dia sedang sabotaj kestabilan ekonomi serta politik negara.

“Rasanya boleh dakwa Anwar Ibrahim di bawah akta SOSMA kerana mensabotaj ekonomi negara.

“Kenyataan dan tindakan tidak bertanggungjawab Anwar Ibrahim telah menyebabkan paras komposit indeks Bursa Saham jatuh kerugian pada hari ini.

“Tindakan tidak bertanggungjawab Anwar Ibrahim ini merugikan negara, dan ini bukan perkara yang boleh dipermainkan,” kata Khairuddin.

Menurutnya, bukan hanya Anwar tidak memiliki sokongan majoriti, Tan Sri Muhyiddin Yassin turut menubuhkan kerajaan tanpa memiliki sokongan yang sewajarnya.

“Sebenarnya kita tahu dari dulu lagi Muhyiddin Yassin tubuh kerajaan PN tanpa sokongan majoriti. Kita akui kini Muhyiddin tiada sokongan majoriti.

“Dalam masa yang sama Anwar Ibrahim pun tiada sokongan majoriti. Anwar berbuat demikian kerana nak buktikan dia masih relevan dalam lanskap politik negara.

Loading...

“Keduanya, Anwar Ibrahim tahu bahawa parti PKR akan tewas teruk di Sabah. Dengan menggerakkan ‘perang psikologi’ ini Anwar Ibrahim berharap rakyat Sabah akan bagi sokongan padu kepada PKR pada pilihanraya negeri Sabah.

“Ini saja matlamat Anwar Ibrahim menggerakkan ‘perang psikologi’ semata-mata untuk selamatkan masa depan politiknya.”

Khairuddin turut berkata sokongan majoriti kini milik gandingan Tun Dr Mahathir Mohamad bersama seorang lagi tokoh pemimpin negara, di mana perkara ini akan didedahkan dalam masa terdekat.

“Dalam sedikit masa lagi kami akan buktikan bahawa Tun Dr Mahathir Mohamad mempunyai majoriti sokongan ahli-ahli parlimen bersama seorang lagi tokoh pemimpin negara.

“Hanya gandingan dua tokoh pemimpin ini yang boleh selamatkan Malaysia kerana kedua mereka tidak mempunyai sebarang agenda kepentingan diri.

“Matlamat kedua ‘statesmen’ ini hanyalah mahu membangunkan semula ‘Malaysia Baharu’ demi menjaminkan kesejahteraan masa depan keseluruhan rakyat Malaysia.

“Apapun, jangan sama sekali biarkan diri kita diperbodohkan serta ditipu oleh Anwar Ibrahim yang sememangnya ‘berpenyakit’ dan sanggup lakukan apa saja demi agenda kepentingan diri sendiri

“YB Menteri kesihatan harus rujuk Anwar Ibrahim ke Hospital Bahagia Tg Rambutan secara kadar segera untuk buat pemeriksaan pada otak beliau.

“Pertamanya, kita nak tahu seandainya khidmat X-Ray dijalankan keatas Anwar Ibrahim adakah otaknya berada dalam tempurung kepala atau di dalam lutut kakinya.

“Keduanya, kita nak tahu paras kegilaan mana Anwar Ibrahim sedang berada. Saya sudah lama tahu yang Anwar Ibrahim tidak normal.

“Apapun, jangan sama sekali biarkan diri kita diperbodohkan serta ditipu oleh Anwar Ibrahim yang sanggup lakukan apa saja demi agenda kepentingan diri sendiri.

“Cukuplah dengan penipuan-penipuan Anwar Ibrahim yang seringkali kata mempunyai majoriti dari bulan september 2008, februari 2008 dan kini september 2008.

NOTA: SAYA MEMBUAT PENGUMUMAN-PENGUMUMAN PENTING DARI MASA KE SEMASA EKSKLUSIF MENERUSI SALURAN TELEGRAM BERIKUT:



SUBSCRIBE TO US ON YOUTUBE:



YOUTUBE: THE THIRD FORCE

TELEGRAM: Raggie Jessy Rithaudeen

TWITTER: Raggie Jessy Rithaudeen

WEBSITE: raggiejessyrithaudeen.com

Loading...

COMMENTS

Comments

Comments



Loading...