Terkini: Mahathir sah miliki sokongan majoriti, tidak mustahil terbentuk gabungan baru

Mahathir pada ketika ini memiliki sokongan majoriti ahli parlimen yang cukup selesa dan sedang berusaha mendapatkan sokongan dua per tiga ahli. Sumber (gambar): Fail TTF

تركيني: محضير صح ميليكي سوكوڠن ماجوريتي، تيدق مستحيل تربنتوق ڬابوڠن بارو

Seorang bekas pemimpin UMNO sebentar tadi mendakwa Lim Guan Eng merupakan salah seorang daripada enam ahli parlimen dari DAP yang terlibat dengan usaha pembentukkan gabungan pemerintah baru melibatkan parti-parti politik pembangkang dan kerajaan.

Malangnya, maklumat ini disyaki muslihat oleh pemimpin berkenaan untuk cuba mempengaruhi ahli-ahli parlimen sebagai langkah saat akhir untuk mengelakkan terbentuknya gabungan baru menyatukan majoriti pemimpin parti-parti Melayu.

Guan Eng sememangnya kelihatan terdesak kebelakangan ini. Penglibatannya dalam gabungan baru tidak masuk akal memandangkan salah satu misi utama gabungan ini adalah untuk mencantas pucuk pimpinan DAP bersama puak-puak yang dilihat bersekongkol dengannya, termasuk kem Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Majoriti pemimpin DAP di beberapa negeri dan juga beberapa pemimpin pusat dikatakan tidak bersekutu dengan Guan Eng dan Lim Kit Siang dan dikatakan bersetuju bersama Mahathir biarpun perlu tinggalkan DAP.


Seorang bekas pemimpin UMNO sebentar tadi mendakwa Lim Guan Eng merupakan salah seorang daripada enam ahli parlimen dari DAP yang terlibat dengan usaha pembentukkan gabungan pemerintah baru melibatkan parti-parti politik pembangkang dan kerajaan.

Malangnya, maklumat ini disyaki muslihat oleh pemimpin berkenaan untuk cuba mempengaruhi ahli-ahli parlimen sebagai langkah saat akhir untuk mengelakkan terbentuknya gabungan baru bertunjangkan pentadbiran Melayu-Islam yang mampu menyatukan majoriti pemimpin parti-parti Melayu.




Ini bercanggah terus dengan penafian Guan Eng tentang wujudnya inisiatif “Pakatan Nasional” dan amaran yang diberikan olehnya kepada The Star untuk berhenti siarkan ‘berita palsu’ berhubung gabungan berkenaan.

Guan Eng sememangnya kelihatan terdesak kebelakangan ini – penglibatannya dalam gabungan baru tidak masuk akal memandangkan salah satu misi utama gabungan ini adalah untuk mencantas pucuk pimpinan DAP bersama puak-puak yang dilihat bersekongkol dengannya, termasuk kem Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Majoriti pemimpin DAP di beberapa negeri dan juga beberapa pemimpin pusat dikatakan tidak bersekutu dengan Guan Eng dan Lim Kit Siang dan dikatakan bersetuju bersama Mahathir biarpun perlu tinggalkan DAP.

Apa pun, maklumat yang diperolehi TTF mencadangkan 10 ahli parlimen dan beberapa ADUN dari DAP bersetuju untuk bersama gandingan Mahathir dan Datuk Seri Azmin Ali.

Mahathir pada ketika ini memiliki sokongan majoriti ahli parlimen yang cukup selesa dan sedang berusaha mendapatkan sokongan dua per tiga ahli.

Apa yang tinggal ialah langkah Mahathir seterusnya, samada beliau bertindak menubuhkan gabungan baru atau melakukan sesuatu di luar jangkaan semua.

THE THIRD FORCE

Loading...



SUBSCRIBE TO US ON YOUTUBE:



YOUTUBE: THE THIRD FORCE

TELEGRAM: Raggie Jessy Rithaudeen

TWITTER: Raggie Jessy Rithaudeen

WEBSITE: raggiejessyrithaudeen.com

Loading...

COMMENTS

Comments

Comments



Loading...