Terkini: Najib dihukum penjara 12 tahun, denda RM210 juta bagi kesemua tujuh pertuduhan

Najib dalam rayuannya bersumpah sebagai orang Islam beliau bersaksi kepada Allah bahawa beliau tidak meminta, tidak merancang atau  ditawarkan RM42 juta itu. Sumber (gambar): Fail TTF

تركيني: نجيب دحكوم ڤنجارا 12 تاهون، دندا رم210 جوت باڬي كسموا توجوه ڤرتودوهن

Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini menjatuhkan hukuman penjara 12 tahun dan denda RM210 juta bagi kesemua tujuh pertuduhan ke atas bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Hakim Mohd. Nazlan Mohd. Ghazali ketika menjatuhkan hukuman pagi tadi mendapati Najib bersalah atas tujuh pertuduhan membabitkan kesalahan pecah amanah, salah guna kuasa dan pengubahan wang haram berjumlah RM42 juta milik SRC International Sdn. Bhd.

Sementara itu, Timbalan Pendakwa Raya Kanan, Datuk V Sithambaram ketika berhujah terhadap rayuan Najib berkata, hukuman dan pengajaran mesti menjadi asas utama kerana ini adalah pertama kali Perdana Menteri dan Menteri Kewangan didakwa serta disabitkan di mahkamah.

Katanya, mahkamah bertanggungjawab melaksanakan Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia dan memandang serius masalah rasuah.


KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini menjatuhkan hukuman penjara 12 tahun dan denda RM210 juta bagi kesemua tujuh pertuduhan ke atas bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Hakim Mohd Nazlan Mohd Ghazali ketika menjatuhkan hukuman pagi tadi mendapati Najib bersalah atas tujuh pertuduhan membabitkan kesalahan pecah amanah, salah guna kuasa dan pengubahan wang haram berjumlah RM42 juta milik SRC International Sdn. Bhd.




Beliau memutuskan demikian selepas mendapati Najib gagal menimbulkan keraguan munasabah atas pertuduhan yang dihadapinya.

Terdahulu, Najib dalam rayuannya bersumpah sebagai orang Islam beliau bersaksi kepada Allah bahawa beliau tidak meminta, tidak merancang atau  ditawarkan RM42 juta itu.

“Sebagai orang Islam, wallahi wabillahi watallahi saya tidak meminta, saya tidak merancang atau ditawarkan RM42 juta itu,” katanya ketika bersumpah dari kandang saksi.

Beliau juga berkata, bersaksi kepada Allah tidak tahu mengenai jumlah wang itu.

Sementara itu, Timbalan Pendakwa Raya Kanan, Datuk V Sithambaram ketika berhujah terhadap rayuan Najib berkata, hukuman dan pengajaran mesti menjadi asas utama kerana ini adalah pertama kali Perdana Menteri dan Menteri Kewangan didakwa serta disabitkan di mahkamah.

Katanya, mahkamah bertanggungjawab melaksanakan Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia dan memandang serius masalah rasuah.

“Dalam kes ini, tertuduh wajar dikenakan hukuman paling berat,” katanya.

Loading...

Sithambaram berkata, hukuman maksimum wajar dikenakan berdasarkan penghakiman mahkamah membabitkan kes rasuah.

Jika gagal membayar denda tersebut, hukuman penjara Najib boleh ditambah lagi lima tahun.

Pihak pembelaan sedang berhujah bagi menangguhkan perlaksanaan hukuman penjara dan denda.

Sumber:

NOTA: SAYA MEMBUAT PENGUMUMAN-PENGUMUMAN PENTING DARI MASA KE SEMASA EKSKLUSIF MENERUSI SALURAN TELEGRAM BERIKUT:



Your donation is much appreciated and will go a long way towards helping us serve you better. Click the donate button below to make a contribution (you don't need a Paypal account to donate through Paypal, simply follow the instructions once you click the button).


SUBSCRIBE TO US ON YOUTUBE:



YOUTUBE: THE THIRD FORCE

TELEGRAM: Raggie Jessy Rithaudeen

TWITTER: Raggie Jessy Rithaudeen

WEBSITE: raggiejessyrithaudeen.com

Loading...

COMMENTS

Comments

Comments



Loading...