Terkini: Najib fail saman Mahkamah terhadap Lim Kit Siang, Malay Mail

Najib memfailkan saman terhadap Kit Siang, Malay Mail Online dan wartawannya melalui Tetuan Shafee & Co di Kaunter Pendaftaran Mahkamah Tinggi pada 11 November lalu. Sumber (gambar): TTF

BEKAS Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak memfailkan notis tunjuk sebab terhadap Penasihat DAP, Lim Kit Siang, portal berita Malay Mail Online dan wartawannya atas artikel yang memberi komen terhadap perbicaraan membabitkan skandal SRC International Sdn Bhd yang dihadapinya.

Najib mendakwa Malay Mail dan Emmanuel ada menerbitkan artikel pada 9 November lalu yang bertajuk ‘Kit Siang: High Court decision on Najib and Tanjung Piai by-election outcome will indicate where Malaysia headed towards’ di laman sesawang malaymail.com.

Menurutnya, penulisan artikel itu direka untuk memutuskan kes jenayah terhadap Najib yang sudah didakwa di mahkamah.

Najib berkata artikel itu adalah ancaman yang mempunyai kecenderungan bagi melemahkan atau menurunkan kuasa mahkamah bagi menghalang dan mengganggu proses keadilan serta dicemari dengan tekanan yang tidak wajar.

Beliau memfailkan saman itu melalui Tetuan Shafee & Co di Kaunter Pendaftaran Mahkamah Tinggi pada 11 November lalu.

Najib menamakan Lim yang juga Ahli Parlimen Iskandar Puteri, wartawan Emmanuel Santa Maria Chin dan Malay mail Sdn Bhd sebagai responden.

Melalui notis usul yang dikemukakan, Najib memohon perintah Notis Tunjuk Sebab di bawah Aturan 52, Kaedah 2B Kaedah-Kaedah Mahkamah 2012 dikeluarkan terhadap ketiga-tiga responden.

Hari ini ditetapkan untuk sebutan di dalam kamar Hakim Mahkamah Tinggi, Mohd Nazlan Mohd Ghazali.

Najib yang diwakili peguam Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah ketika ditemui mengesahkan perkara itu yang difailkan secara sebelah pihak bagaimanapun enggan mendedahkan maklumat lanjut.

Menurutnya, pihaknya belum memperoleh tarikh baru untuk pengurusan kes.

Berdasarkan afidavit, Najib memohon perintah itu terhadap semua responden menunjukkan sebab mengapa mereka tidak patut dikomitkan ke penjara atau dikenakan denda untuk penghinaan mahkamah.

Najib mendakwa Malay Mail dan Emmanuel ada menerbitkan artikel pada 9 November lalu yang bertajuk ‘Kit Siang: High Court decision on Najib and Tanjung Piai by-election outcome will indicate where Malaysia headed towards’ di laman sesawang malaymail.com.

Loading...

Menurutnya, penulisan artikel itu direka untuk memutuskan kes jenayah terhadap Najib yang sudah didakwa di mahkamah.

Najib berkata artikel itu adalah ancaman yang mempunyai kecenderungan bagi melemahkan atau menurunkan kuasa mahkamah bagi menghalang dan mengganggu proses keadilan serta dicemari dengan tekanan yang tidak wajar.

Menurutnya, artikel itu apabila dibaca secara keseluruhannya terjumlah kepada penghinaan mahkamah yang serius dan serangan tidak wajar kepada badan kehakiman Malaysia.

Pada 11 November lalu, Hakim Mohd Nazlan memerintah Najib membela diri atas tujuh pertuduhan pecah amanah, menyalahgunakan kedudukan dan pengubahan wang haram dana RM42 juta milik SRC International.

Sumber:

Your donation is much appreciated and will go a long way towards helping us serve you better. Click the donate button below to make a contribution (you don't need a Paypal account to donate through Paypal, simply follow the instructions once you click the button).

SUBSCRIBE TO US ON YOUTUBE:

YOUTUBE: THE THIRD FORCE

TELEGRAM: Raggie Jessy Rithaudeen

TWITTER: Raggie Jessy Rithaudeen

WEBSITE: raggiejessyrithaudeen.com

Loading...

COMMENTS

Comments

Comments

Loading...