TERKINI: PENGEDAR TUNGGAL GUARANA MILIK SEORANG DATUK DIDAKWA MEMPERDAYA PETANI, KERAJAAN

Bagi lebih meyakinkan pembeli dan petani, seorang individu bergelar datuk didakwa menggunakan nama dan  kilang dan ladang penanaman guarana milik orang lain. Sumber (gambar): TTF

Tanaman guarana yang sememangnya berpotensi menjadi tanaman alternatif kepada petani dan pekebun kecil di negara ini cuba dimanipulasi oleh sebuah syarikat tempatan milik seorang yang berpangkat datuk dari sebelah negeri di utara Malaysia.

Menurut sumber MalaysiaGazette, keadaan kewangan syarikat yang terhad dan modal berbayar sekitar RM54,000 dengan dua pemegang saham utama antara datuk itu dan isterinya itu mustahil mereka mampu menguruskan produk pertanian itu yang nilai berbilion ringgit yang hanya dapat dituai selepas 14 bulan ditanam.

“Bagaimana sebuah syarikat kecil mampu mengendalikan pembelian semula tanaman guarana daripada petani dan pekebun kecil selepas ia menghasilkan buah dengan nilai RM80 sekilogram?

“Bayangkanlah, datuk ini mencadangkan agar biji benih guarana dibawa sehingga 300 tan masuk ke negara ini bagi tujuan penanaman di seluruh negara,” kata tersebut.


KUALA LUMPUR: Tanaman guarana atau nama saintifiknya paullinia cupana berpotensi menjadi tanaman alternatif kepada petani dan pekebun kecil di negara ini.

Malah ia dikatakan mampu menangani kejatuhan harga komoditi negara ketika ini kerana nilainya yang tinggi.




Malangnya potensi tanaman dari Brazil itu didakwa cuba dimanipulasi oleh sebuah syarikat tempatan milik seorang yang berpangkat datuk dari sebelah negeri di utara Malaysia.

Individu berkenaan mendakwa pihaknya satu-satunya pengedar tunggal di negara ini.

Lebih malang apabila individu itu bukan sahaja cuba memperdaya petani dan pekebun kecil dengan tanaman yang mampu menarik ‘duit besar’ itu bahkan kini masuk ke dalam fasa komersil dengan membabitkan agensi-agensi kerajaan.

Menurut salah seorang pengurusan tertinggi syarikat itu yang didakwa turut menjadi mangsa penipuan berkenaan, modus operandinya adalah dengan menjadikan pembeli dan petani sebagai sumber kewangan bagi menjalankan perniagaan itu.

Menurut sumber MalaysiaGazette, keadaan kewangan syarikat yang terhad dan modal berbayar sekitar RM54,000 dengan dua pemegang saham utama antara datuk itu dan isterinya itu mustahil mereka mampu menguruskan produk pertanian itu yang nilai berbilion ringgit yang hanya dapat dituai selepas 14 bulan ditanam.

“Bagaimana sebuah syarikat kecil mampu mengendalikan pembelian semula tanaman guarana daripada petani dan pekebun kecil selepas ia menghasilkan buah dengan nilai RM80 sekilogram?

“Bayangkanlah, datuk ini mencadangkan agar biji benih guarana dibawa sehingga 300 tan masuk ke negara ini bagi tujuan penanaman di seluruh negara.

Loading...

“Jumlah biji benih ini pula mampu menghasilkan 700 anak pokok di mana setiap satu kilogram benih dan jika setiap anak pokok mengeluarkan buah, nilai belian mampu mencecah sehingga RM336 bilion.

“Lebih meragukan apabila syarikat itu memerlukan RM336 bilion bagi tujuan pembelian semula buah guarana untuk 300 tan biji benih yang ditanam di atas tanah berkeluasan 700,000 ekar dengan pengeluaran buah minimum 20 kilogram bagi setiap pokok,” katanya baru-baru ini.

Sumber itu memberitahu, bagi lebih meyakinkan pembeli dan petani, individu bergelar datuk itu didakwa menggunakan nama dan  kilang dan ladang penanaman guarana milik orang lain.

“Datuk ini sering menggunakan beberapa gambar kilang di mana di dalamnya lengkap dengan mesin pemprosesan bagi semua bahagian pokok guarana.

“Dengan cara itu datuk berkenaan mampu meyakinkan pembeli dan pekebun kecil sebelum mereka dipujuk untuk membuat pembayaran penuh,” katanya.

“Saya rasa syarikat ini juga tidak mempunyai dana untuk membuat kilang. Hanya bergantung harap dengan keuntungan penjualan biji benih sahaja untuk membina kilang serta menyediakan modal pembelian semula buah guarana sahaja,” katanya.

Lebih mengejutkan, katanya, apabila hampir 90 peratus anak pokok guarana yang dijual kepada petani dan pekebun kecil sebelum ini mengalami masalah tumbesaran atau bantut.

BACA PENDEDAHAN PENUH DI SINI



SUBSCRIBE TO US ON YOUTUBE:



YOUTUBE: THE THIRD FORCE

TELEGRAM: Raggie Jessy Rithaudeen

TWITTER: Raggie Jessy Rithaudeen

WEBSITE: raggiejessyrithaudeen.com

Loading...

COMMENTS

Comments

Comments



Loading...