
Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin sebentar tadi mengumumkan perintah kawalan pergerakan oleh Kerajaan Persekutuan bagi mengawal perebakan wabak jangkitan Coronavirus.
Perintah ini akan berkuatkuasa mulai 18hb Mac 2020 sehingga 31hb Mac 2020 di seluruh negara di bawah Akta Pengawalan dan Pencegahan Penyakit Berjangkit 1988 dan Akta Polis 1967.
Untuk menguatkuasakan larangan ini, semua rumah ibadat dan premis perniagaan diarahkan tutup, kecuali pasaraya, pasar awam, kedai runcit dan kedai serbaneka yang menjual barangan keperluan harian.
Perintah Kawalan Pergerakan turut merangkumi semua Institusi Pendidikan Tinggi (IPT) awam dan swasta serta Institusi Latihan Kemahiran di seluruh negara yang perlu juga ditutup.
تركيني: ڤرينته كاولن ڤرڬرقن برمولا 18 مچ 2020 سلوروه نڬارا تاڠني چوۏيد-19
PETALING JAYA: Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin sebentar tadi mengumumkan perintah kawalan pergerakan oleh Kerajaan Persekutuan bagi mengawal perebakan wabak jangkitan Coronavirus.
Perintah ini akan berkuatkuasa mulai 18hb Mac 2020 sehingga 31hb Mac 2020 di seluruh negara di bawah Akta Pengawalan dan Pencegahan Penyakit Berjangkit 1988 dan Akta Polis 1967.
Perintah ini meliputi larangan menyeluruh pergerakan dan perhimpunan orang ramai, termasuk aktiviti keagamaan, sukan, sosial dan budaya.
Untuk menguatkuasakan larangan ini, semua rumah ibadat dan premis perniagaan diarahkan tutup, kecuali pasaraya, pasar awam, kedai runcit dan kedai serbaneka yang menjual barangan keperluan harian.
Menurut Muhyiddin, khusus untuk umat Islam, penangguhan semua aktiviti keagamaan di masjid dan surau termasuk Solat Jumaat adalah selaras dengan keputusan Mesyuarat Jawatankuasa Muzakarah Khas yang telah bersidang pada 15hb Mac 2020.
Sekatan menyeluruh turut dikenakan terhadap kemasukan semua pelancong dan pelawat asing ke dalam negara.
Di samping itu, semua taska, sekolah kerajaandan swasta termasuk sekolah harian, sekolah berasrama penuh sekolah antarabangsa, pusat tahfiz dan institusi-institusi pendidikan rendah, menengah dan pra-universiti diarahkan tutup.
Perintah Kawalan Pergerakan turut merangkumi semua Institusi Pendidikan Tinggi (IPT) awam dan swasta serta Institusi Latihan Kemahiran di seluruh negara yang perlu juga ditutup.
Sementara itu, semua premis kerajaan dan swasta diarahkan tutup kecuali yang terlibat dengan perkhidmatan penting negara, iaitu air, elektrik, tenaga, komunikasi, pos, pengangkutan, pengairan,minyak, gas, bahan api, pelincir, penyiaran, kewangan, perbankan, kesihatan, farmasi, bomba, pelabuhan,lapangan terbang, keselamatan, pertahanan, pembersihan, peruncitan dan bekalan makanan.
THE THIRD FORCE
