TERKINI: SHAHRUDDIN (PPBM) LETAK JAWATAN TIMBALAN MENTERI BERKUATKUASA HARI INI

Sebelum ini, timbul sspekulasi kononnya seorang bergelar timbalan menteri akan letak jawatan berikutan pemecatan Tun Dr Mahathir Mohamad dari Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM). Sumber (gambar): Fail TTF

THE THIRD FORCE

Datuk Shahruddin Md Salleh hari ini meletakkan jawatan sebagai Timbalan Menteri, sekaligus mengesahkan desas desus beliau akan berbuat demikian (lihat salinan surat peletakan jawatan di bawah).

Semalam, Shahruddin mengaku rela letak jawatan sekiranya tindakan berkenaan mampu memperkukuhkan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM).

Sebelum ini, timbul sspekulasi kononnya seorang bergelar timbalan menteri akan letak jawatan berikutan pemecatan Tun Dr Mahathir Mohamad dari Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM).




Pada 29hb Mei lalu, timbul pula dakwaan parlimen mungkin tergantung sekiranya beberapa ahli parlimen pro-Mahathir mengundur diri.

Pada hari berkenaan, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Redzuan Othman didakwa mengatur sidang media di ibu pejabat Bersatu disertai oleh Shahruddin selaku Timbalan Menteri Kerja Raya.

Walaubagaimanapun, sidang tersebut tidak berlaku.

Redzuan kemudian gagal mengeluarkan sebarang kenyataan rasmi bagi menyangkal dakwaan beliau dijadualkan memaklumkan peletakan jawatan “seorang menteri” menerusi sidang berkenaan..

Sebaliknya, pihak Pejabat Menteri di Jabatan Perdana Menteri mengeluarkan kenyataan rasmi lewat petang hari yang sama bagi menafikan pengumuman sidang media Redzuan

TTF dimaklumkan beberapa pemimpin PPBM masih sedang mengadakan mesyuarat di merata-rata bagi membincangkan hala tuju parti dan langkah-langkah yang perlu diambil.

Loading...

NOTA: SAYA MEMBUAT PENGUMUMAN-PENGUMUMAN PENTING DARI MASA KE SEMASA EKSKLUSIF MENERUSI SALURAN TELEGRAM BERIKUT:



Your donation is much appreciated and will go a long way towards helping us serve you better. Click the donate button below to make a contribution (you don't need a Paypal account to donate through Paypal, simply follow the instructions once you click the button).


SUBSCRIBE TO US ON YOUTUBE:



YOUTUBE: THE THIRD FORCE

TELEGRAM: Raggie Jessy Rithaudeen

TWITTER: Raggie Jessy Rithaudeen

WEBSITE: raggiejessyrithaudeen.com

Loading...

COMMENTS

Comments

Comments



Loading...