Terkini: Singapura umum Notis Jangan Keluar Rumah

Mereka yang melanggar SHN bakal dikenakan penalti dan boleh didakwa mengikut Seksyen 21A Akta Penyakit Berjangkit. Sumber (gambar): Fail TTF

تركيني: سيڠاڤورا عموم نوتيس جاڠن كلوار رومه

Kementerian Kesihatan Singapura (MOH) mengumumkan Notis Jangan Keluar Rumah (SHN) untuk rakyat negara itu dan pekerja pemegang pas jangka panjang yang kembali ke Singapura dari China dua minggu lalu.

Menurut laporan Channel News Asia, notis itu adalah lebih ketat berbanding Cuti Ketidakhadiran (LOA) di mana mereka yang berada di bawah perintah itu masih boleh keluar rumah untuk membeli makanan atau keperluan rumah.

Menurut MOH, pelaksanaan SHN adalah satu lagi langkah berjaga-jaga yang diambil untuk meminimumkan risiko tambahan kes import Coronavirus (Covid-19).

Pemerintah memaklumkan ia akan terus melaksanakan pengawasan dan penguatkuasaan bagi memastikan pematuhan setiap individu terhadap SHN.


SINGAPURA: Kementerian Kesihatan Singapura (MOH) mengumumkan Notis Jangan Keluar Rumah (SHN) untuk rakyat negara itu dan pekerja pemegang pas jangka panjang yang kembali ke Singapura dari China dua minggu lalu.

Sebagai sebahagian daripada keperluan notis, semua orang perlu berkurung dalam rumah pada setiap masa selama 14 hari berkuat kuasa dari jam 11.59 malam (waktu tempatan) malam ini termasuk mereka yang mempunyai sejarah perjalanan ke wilayah Hubei baru-baru ini.




Menurut laporan Channel News Asia, notis itu adalah lebih ketat berbanding Cuti Ketidakhadiran (LOA) di mana mereka yang berada di bawah perintah itu masih boleh keluar rumah untuk membeli makanan atau keperluan rumah.

MOH berkata, dengan pelaksanaan SHN, pemerintah tidak akan lagi mengeluarkan LOA kepada mereka yang kembali ke Singapura.

“Kebanyakan mereka di bawah rejim ini akan selesai menjalani LOA dalam beberapa hari lagi dan kami akan terus memastikan pematuhan mereka sepanjang tempoh itu.

“Bagi pekerja yang pulang dari tanah besar China, kami sudah meminta majikan mendapatkan kelulusan daripada Kementerian Tenaga Kerja (MOM) sebelum mereka kembali ke Singapura. Jika majikan perlu bantuan, MOM akan menghubungkan mereka dengan pengendali hotel atau asrama supaya pekerja boleh menjalani SHN,” katanya.

Menurut MOH, pelaksanaan SHN adalah satu lagi langkah berjaga-jaga yang diambil untuk meminimumkan risiko tambahan kes import Coronavirus (Covid-19).

Pemerintah memaklumkan ia akan terus melaksanakan pengawasan dan penguatkuasaan bagi memastikan pematuhan setiap individu terhadap SHN.

Sepanjang tempoh SHN, akan terdapat sokongan bagi mereka yang memerlukan bantuan termasuk akses kepada makanan dan keperluan harian lain.

Loading...

Mereka yang melanggar SHN bakal dikenakan penalti dan boleh didakwa mengikut Seksyen 21A Akta Penyakit Berjangkit.

Sumber:



Your donation is much appreciated and will go a long way towards helping us serve you better. Click the donate button below to make a contribution (you don't need a Paypal account to donate through Paypal, simply follow the instructions once you click the button).


SUBSCRIBE TO US ON YOUTUBE:



YOUTUBE: THE THIRD FORCE

TELEGRAM: Raggie Jessy Rithaudeen

TWITTER: Raggie Jessy Rithaudeen

WEBSITE: raggiejessyrithaudeen.com

Loading...

COMMENTS

Comments

Comments



Loading...