Terkini: Syed Hamid Albar (PPBM) setuju usul tidak percaya perlu dijadikan agenda utama

Menurut Hamid, ketidaktentuan politik boleh berlaku jika negara berterusan seperti keadaan ketika ini. Sumber (gambar): Astro Awani
تركيني: سيد حميد البر ﴿ڤڤبم﴾ ستوجو اصول تيدق ڤرچاي دبنتڠ

Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), Tan Sri Syed Hamid Albar membuat kejutan apabila dilihat menyokong pembentangan usul tidak percaya yang dikemukakan oleh mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.

Dalam kenyataan ringkas di Twitter, Hamid berkata, usul tidak percaya perlu menjadi agenda utama dalam demokrasi berparlimen kerana ia penting untuk pertahankan kesahihan pemerintah atau kerajaan.

Terdahulu, tersebar surat yang dihantar Ahli Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah kepada Yang di-Pertua Dewan Rakyat pada 25hb September lalu menggesa usul tidak percaya yang dikemukakan oleh Mahathir dibentangkan di Dewan Rakyat sebagai satu keutamaan pada persidangan akan datang.

Dalam surat itu, Tengku Razaleigh mendakwa Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin sebanyak dua kali enggan membenarkan usul itu dibahaskan dengan cara menyenarai di penghujung senarai perbahasan.


PETALING JAYA: Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), Tan Sri Syed Hamid Albar membuat kejutan apabila dilihat menyokong pembentangan usul tidak percaya yang dikemukakan oleh mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.

Dalam kenyataan ringkas di Twitter, Hamid berkata, usul tidak percaya perlu menjadi agenda utama dalam demokrasi berparlimen kerana ia penting untuk pertahankan kesahihan pemerintah atau kerajaan.




Menurut Hamid, ketidaktentuan politik boleh berlaku jika negara berterusan seperti keadaan ketika ini.

“Sekiranya berterusan seperti ini, ia akan menimbulkan ketidaktentuan politik.

“Ia tidak baik terutama apabila negara kini sedang berdepan dengan krisis ekonomi, kesihatan serta masalah pandemik koronavirus (Covid-19),” katanya di Twitter.

Terdahulu, tersebar surat yang dihantar Ahli Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah kepada Yang di-Pertua Dewan Rakyat pada 25hb September lalu menggesa usul tidak percaya yang dikemukakan oleh Mahathir dibentangkan di Dewan Rakyat sebagai satu keutamaan pada persidangan akan datang.

Dalam surat itu, Tengku Razaleigh mendakwa Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin sebanyak dua kali enggan membenarkan usul itu dibahaskan dengan cara menyenarai di penghujung senarai perbahasan.

Katanya, perbahasan terhadap usul terhalang di samping pengundian terhadap Muhyiddin tidak dapat dilaksanakan Dewan Rakyat.

THE THIRD FORCE

NOTA: SAYA MEMBUAT PENGUMUMAN-PENGUMUMAN PENTING DARI MASA KE SEMASA EKSKLUSIF MENERUSI SALURAN TELEGRAM BERIKUT:

Loading...



SUBSCRIBE TO US ON YOUTUBE:



YOUTUBE: THE THIRD FORCE

TELEGRAM: Raggie Jessy Rithaudeen

TWITTER: Raggie Jessy Rithaudeen

WEBSITE: raggiejessyrithaudeen.com

Loading...

COMMENTS

Comments

Comments



Loading...