Terkini: Tajuddin sahkan UMNO (Team A) terbuka pada kerjasama dengan PKR, DAP

Mengulas tentang peletakan jawatan Ahli Parlimen Machang, Datuk Ahmad Jazlan Yaakob, sebagai Pengerusi Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB) berkuat kuasa Rabu ini, Tajuddin berkata, ia mungkin mencetuskan lebih banyak tindakan serupa daripada Ahli Parlimen UMNO yang lain. Sumber (gambar): Fail TTF

تاجو الدين سهكن امنو ﴿تعام ا﴾ تربوك ڤد كرجاسام دڠن ڤقر، دڤ

Pengarah Pilihan Raya UMNO, Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman tidak menolak kemungkinan wujudnya pakatan baharu merangkumi PKR dan DAP bagi berhadapan dengan Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15).

Jelasnya, UMNO perlu melakukan sesuatu bagi memastikan parti itu dapat bertahan pada masa akan datang, lebih-lebih lagi jika mereka berada dalam keadaan ditekan.

Sebelum ini, TTF berulang kali mendedahkan sekongkol antara Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan Datuk Seri Najib Tun Razak dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim dan ketersediaan Team A bekerjasama dengan DAP.

Perkara ini terbukti di Perak baru-baru ini apabila Zahid mencetuskan “Langkah Perak” untuk menggugurkan Menteri Besar dari PPBM sebelum menyuarakan kerelaannya untuk bekerjasama dengan PKR dan DAP.


KUALA LUMPUR: Pengarah Pilihan Raya UMNO, Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman tidak menolak kemungkinan wujudnya pakatan baharu merangkumi PKR dan DAP bagi berhadapan dengan Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15).

Jelasnya, UMNO perlu melakukan sesuatu bagi memastikan parti itu dapat bertahan pada masa akan datang, lebih-lebih lagi jika mereka berada dalam keadaan ditekan.




“UMNO akan fikir bagaimana untuk bertahan serta bangkit semula sebagai sebuah parti politik yang hebat dan perkasa.

“Apa juga pendekatan diambil, dengan siapa yang nak bekerjasama dan selagi matlamat perjuangan UMNO tak dikompromi serta agenda Melayu, Islam, raja-raja Melayu dan hak-hak istimewa tak dikompromi, apa salahnya?” katanya sepertimana yang dilaporkan oleh Kosmo.

Sebelum ini, TTF berulang kali mendedahkan sekongkol Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan Datuk Seri Najib Tun Razak dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim dan ketersediaan Team A bekerjasama dengan DAP.

Perkara ini terbukti di Perak baru-baru ini apabila Zahid mencetuskan “Langkah Perak” untuk menggugurkan Menteri Besar dari PPBM dan menyuarakan kerelaannya bekerjasama dengan PKR dan DAP.

Sementara itu, Tajuddin berharap Pas akan terus bersama UMNO di dalam Muafakat Nasional (MN).

“Kami rayu dan pujuk Pas agar setia dengan kita dalam MN. Kita dulu dah ikrar begitu,” katanya.

Mengulas tentang peletakan jawatan Ahli Parlimen Machang, Datuk Ahmad Jazlan Yaakob, sebagai Pengerusi Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB) berkuat kuasa Rabu ini, katanya, ia mungkin mencetuskan lebih banyak tindakan serupa daripada Ahli Parlimen UMNO yang lain.

Loading...

“Tanpa sokongan Ahli-Ahli Parlimen UMNO, Perikatan Nasional (PN) tak boleh berdiri tegak. Ahmad Jazlan mungkin dah tunjuk henti sokongan kepada PN.

“Kalau perkara ini berterusan tak tahulah berapa orang lagi tarik diri. Saya percaya ia pencetus, kemuncak tidak puas hati UMNO terhadap Bersatu yang jadi teraju kerajaan PN,” katanya.

THE THIRD FORCE

WAJIB BACA: 

ZAHID, NAJIB TIADA PILIHAN MELAINKAN AKUR KEHENDAK ‘BLOK PEMISAH’

NOTA: SAYA MEMBUAT PENGUMUMAN-PENGUMUMAN PENTING DARI MASA KE SEMASA EKSKLUSIF MENERUSI SALURAN TELEGRAM BERIKUT:



Your donation is much appreciated and will go a long way towards helping us serve you better. Click the donate button below to make a contribution (you don't need a Paypal account to donate through Paypal, simply follow the instructions once you click the button).


SUBSCRIBE TO US ON YOUTUBE:



YOUTUBE: THE THIRD FORCE

TELEGRAM: Raggie Jessy Rithaudeen

TWITTER: Raggie Jessy Rithaudeen

WEBSITE: raggiejessyrithaudeen.com

Loading...

COMMENTS

Comments

Comments



Loading...