Terkini: Tun Mahathir selesai langsungkan persidangan pertama Majlis Pemulihan Negara

Mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad. Sumber (gambar): TTF

Sertai saluran Telegram TTF di sini

Tun Dr Mahathir Mohamad sebentar tadi selesai mengadakan persidangan pertama Majlis Pemulihan Negara (MPN) secara maya.

Dalam satu kenyataan, Mahathir berkata, persidangan itu dihadiri oleh 18 tokoh dan pakar-pakar dalam bidang kesihatan, ekonomi, perundangan dan politik yang dicadangkannya sebelum ini untuk menjadi ahli MPN.

Mahathir mengulangi pendiriannya bahawa MPN ini tidak mempunyai kepentingan politik parti atau individu melainkan untuk mencari jalan untuk membantu Negara mengatasi bencana.

“Kita boleh berterusan mengkritik Kerajaan tetapi ia tidak menyelesaikan masalah dan yang akan terus menderita ialah rakyat.

“Adalah amat tidak bertanggungjawab di pihak kami jika kami mempunyai cadangan dan pandangan yang dapat membantu tetapi memilih untuk mendiamkan diri. Bagi kami di dalam MPN, ini adalah usaha dan khidmat kami kepada Negara.”


PETALING JAYA: Tun Dr Mahathir Mohamad sebentar tadi selesai mengadakan persidangan pertama Majlis Pemulihan Negara (MPN) secara maya.

Dalam satu kenyataan, Mahathir berkata, persidangan itu dihadiri oleh 18 tokoh dan pakar-pakar dalam bidang kesihatan, ekonomi, perundangan dan politik yang dicadangkannya sebelum ini untuk menjadi ahli MPN.




Mahathir menyuarakan keyakinannya mereka yang hadir bersetuju menyertai MPN kerana mereka merasa perlu melakukan sesuatu untuk membantu Negara ketika menghadapi bencana Covid-19.

“Perlu diingat, ketika saya cadang penubuhan MPN ini pada 10 Jun, kes baharu yang direkod pada hari itu adalah 5,671 dan kematian seramai 73.

“Semalam, kes baru mencapai rekod tertinggi sebanyak 19,819 dan kematian seramai 257 kes, juga merupakan rekod tertinggi setakat ini.

BACA JUGA: DI MANAKAH TONY PUA BILA DAP SETUJU KERJASAMA DENGAN KLEPTOKRAT?

“Dari tempoh memberi cadangan sehingga sekarang selama dua bulan, jumlah kes dan kematian meningkat lebih 3 kali ganda.

“Bagi saya dan rakan-rakan, kita sudah tidak boleh menunggu tanpa berbuat apa-apa sementara kes-kes tersebut meningkat dengan begitu mendadak,” katanya.

Menurut Mahathir, MPN perlu berusaha mencari dan memberi penyelesaian kepada beberapa masalah yang dihadapi oleh rakyat dan Negara sepertimana juga mereka yang yang melaksanakan kempen bendera putih.

“Bagi kami, apabila kes baru Covid-19 meningkat lima angka dan hari ini melebihi 20,000 kes, Negara sudah menaikkan bendera putih.

Loading...

“Saya dan rakan-rakan tidak boleh duduk diam dan membiarkan keadaan ini berterusan. Dengan pengalaman serta kepakaran yang dimiliki, kami akan memberi pandangan dan diharap akan diguna pakai oleh Kerajaan.”

Mahathir mengulangi pendiriannya bahawa MPN ini tidak mempunyai kepentingan politik parti atau individu melainkan untuk mencari jalan untuk membantu Negara mengatasi bencana.

“Kita boleh berterusan mengkritik Kerajaan tetapi ia tidak menyelesaikan masalah dan yang akan terus menderita ialah rakyat.

“Adalah amat tidak bertanggungjawab di pihak kami jika kami mempunyai cadangan dan pandangan yang dapat membantu tetapi memilih untuk mendiamkan diri. Bagi kami di dalam MPN, ini adalah usaha dan khidmat kami kepada Negara.

“Jika usaha kami dapat membantu rakyat dan Negara, ini bermakna kami telah melaksanakan tanggungjawab kami sebagai rakyat Malaysia.”

THE THIRD FORCE

WAJIB BACA:

Terkini: Muhyiddin Yassin tumbang, UMNO putuskan tarik sokongan terhadap kerajaan berkuatkuasa serta merta

 



SUBSCRIBE TO US ON YOUTUBE:



YOUTUBE: THE THIRD FORCE

TELEGRAM: Raggie Jessy Rithaudeen

TWITTER: Raggie Jessy Rithaudeen

WEBSITE: raggiejessyrithaudeen.com

Loading...

COMMENTS

Comments

Comments



Loading...