Terkini: UMNO jatuh hukum, kemudian hukum lagi – Undang-undang rimba pun tak macam ini

“Undang-undang rimba manakah yang diguna pakai oleh Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi?”

Raggie Jessy Rithaudeen

تركيني: امنو جاتوه حكوم، كمودين حكوم لاڬي – اوندڠ-اوندڠ ريمبا ڤون تق ماچم اين

UNTUK BERITA TERKINI, SERTAI TELEGRAM TTF DI SINI

Saya terbaca satu laporan berita yang diterbitkan Sinar Online, di mana Bekas Timbalan Ketua Bahagian UMNO Putrajaya, Tun Faisal Ismail Aziz, dilaporkan sebagai berkata, beliau telah dipecat keahliannya dalam UMNO setelah hampir dua tahun digantung.

Menurut laporan itu, Tun Faisal memberitahu bahawa beliau telah menerima surat pemecatan pada jam 4.28 petang (semalam) melalui aplikasi WhatsApp setelah dihubungi Ibu Pejabat UMNO.




Laporan tersebut menambah:

Tun Faisal menyifatkan Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan ‘terlupa’ untuk menyenaraikan nama beliau di antara sembilan ahli UMNO Putrajaya yang digantung sebelum ini.

“Mungkin selepas saya buat siaran langsung mengenai keputusan pembersihan UMNO daripada golongan penentang Datuk Seri Zahid Hamidi, baru ahli-ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) perasan, rupanya ada seorang lagi yang mereka lupa nak umum pecat.

“Jadi termasuk saya, mungkin jumlah sebenar ahli UMNO Putrajaya yang dipecat adalah 10 orang,” jelasnya.

Tambah beliau, sekiranya lembaga disiplin dan MKT UMNO berfungsi dengan baik, Ahmad Zahid sepatutnya orang pertama yang dipecat kerana didakwa telah mengkhianati dasar parti dan keputusan Perhimpunan Agung UMNO (PAU) sejak Oktober lagi.

“Diikuti dengan 13 orang lagi pemimpin UMNO yang turut menandatangani akuan bersumpah (SD) menyokong Datuk Seri Anwar Ibrahim menjadi Perdana Menteri,” ujarnya.

Itu kata Tun Faisal, dan saya bersetuju dengan pendapatnya.

Loading...

Namun, saya fikir Tun Faisal terlepas pandang sesuatu.

Bukankah pelik UMNO menghukum buat kali kedua (pecat dari UMNO) bagi kesalahan yang sudah pun dikenakan hukuman (gantung keahlian) sebelum ini?

Atau adakah UMNO menghukum Tun Faisal bagi sesuatu yang dilakukannya selepas digantung keahlian?

Undang-undang rimba manakah yang diguna pakai oleh Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi?



SUBSCRIBE TO US ON YOUTUBE:



YOUTUBE: THE THIRD FORCE

TELEGRAM: Raggie Jessy Rithaudeen

TWITTER: Raggie Jessy Rithaudeen

WEBSITE: raggiejessyrithaudeen.com

Loading...

COMMENTS

Comments

Comments



Loading...