Terus terang, saya dah muak dengan sikap semua ahli parlimen kita

Raggie Jessy Rithaudeen

Awal pagi tadi, ketika semua ahli parlimen masih nyanyuk tidur dan khusyuk bermimpi, mereka ditimpa satu keajaiban, di mana apabila mereka bangun, mereka mendapati diri mereka bukan lagi katak, tetapi kijang.

Ya, kini kita harus berhenti bercerita tentang ahli-ahli parlimen “lompat katak,” kerana kini, mereka “melangkah kijang,” ada kalanya juga “melangkah kangkang.”




Awal pagi tadi, saya menerbitkan satu artikel (bawah) sebagai maklum balas kepada seorang pembaca, Vincent Freddie Albert, yang mengajukan beberapa soalan dan komen kepada saya menerusi email [email protected].

Perang ‘tiga gergasi’ di Pilihan Raya Umum ke-15?

Di situ, saya menceritakan perihal peralihan majoriti yang berlaku ke arah kem Tun Dr Mahathir Mohamad, rundingan-rundingan tertentu yang diadakan di antara wakil-wakil PAS, UMNO, PPBM dan PKR sebelum kerajaan pimpinan Pakatan Harapan tumbang, perpecahan yang berlaku dalam UMNO dan pertimbangan-pertimbangan yang perlu dibuat andai kata Pilihan Raya Umum ke-15 diadakan dalam masa terdekat.

Semua yang diceritakan tepat. Kemudian saya tidur.

Sebaik sahaja saya bangun, saya difahamkan berlaku “langkah-langkah kijang” dan “langkah-langkah kangkang” dalam kedua-dua hala.

Sambil ahli-ahli parlimen tertentu menabur benih-benih janji di sebelah kem Mahathir, mereka turut menabur benih-benih janji di sebelah kem Tan Sri Muhyiddin Yassin, yakni kem kerajaan.

Loading...

Menrut pakar-pakar forensik TTF, tapak-tapak kaki kijang-kijang ini ditemui menghala kiri kanan, menandakan peralihan majoriti yang sebenar masih tergantung dan akan sentiasa berubah-ubah mengikut keadaan.

Manalah tahu, pagi esok kijang-kijang ini menjelma pula menjadi kangaroo dan terus melompat masuk Dewan Senat Amerika Syarikat atau Rusia.

Apa yang pasti, kijang-kijang ini hendak kepastian daripada kem Mahathir bahawa apa-apa gabuungan yang bakal terbentuk tidak akan melibatkan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai peneraju gabungan berkenaan.

Kita saksikan apa yang bakal terjadi, kerana saya pun kini dah mula rasa pelik kerana tiba-tiba teringin sangat hendak makan daging kijang…

NOTA: SAYA MEMBUAT PENGUMUMAN-PENGUMUMAN PENTING DARI MASA KE SEMASA EKSKLUSIF MENERUSI SALURAN TELEGRAM BERIKUT:



SUBSCRIBE TO US ON YOUTUBE:



YOUTUBE: THE THIRD FORCE

TELEGRAM: Raggie Jessy Rithaudeen

TWITTER: Raggie Jessy Rithaudeen

WEBSITE: raggiejessyrithaudeen.com

Loading...

COMMENTS

Comments

Comments



Loading...