
Pengasas Bersama badan penyelidikan, The Centre, Shahril Hamdan menyifatkan Belanjawan 2020 sebagai tiada pencetus perubahan atau game changer.
“Temanya baik, tetapi ada ‘benda’ yang kelakar. Nak tarik wanita ke pasaran kerja itu memang elok. Soal beri RM500 kepada graduan yang menganggur lebih 12 bulan selama 2 tahun. Bukanlah saya tak nak orang muda dapat free, tetapi ini kelakar sikitlah.
“Kalau saya menganggur 12 bulan dan mendapat kerja selepas bulan ke-13, saya dapat RM12,000. Itu yang saya nampak sepatutnya digunakan untuk latihan semula kepada graduan,” ujarnya.
Bagaimanapun beliau tetap senada dengan kerajaan berhubung usaha pendigitalan yang dilakukan untuk Perusahan Kecil dan Sederhana (PKS).
KUALA LUMPUR: Pengasas Bersama badan penyelidikan, The Centre, Shahril Hamdan menyifatkan Belanjawan 2020 sebagai tiada pencetus perubahan atau game changer.
Jelasnya, belanjawan berkenaan tidak signifikan dengan tahun 2020, malah beliau melihatnya sebagai hanya sebagai kesinambungan dari belanjawan tahun-tahun sebelum ini.
“Tidak ada game changer dan ia tidak menampakkan Belanjawan 2020, signifikannya (dengan) tahun tersebut dan tidak nampak ini adalah belanjawan selepas SPV 2030 (Wawasan Kemakmuran Bersama 2030).
“Benda yang sama, benda yang serupa. Benda yang membawa kesinambungan daripada belanjawan-belanjawan sebelum ini, baik mereka atau BN sebelum ini. Ada beberapa perkara yang saya khuatir dan tidak berapa suka,” katanya semasa menjadi tetamu pada program khas Belanjawan 2020 di Astro AWANI pada Jumaat.
Shahril melihat peruntukan RM500 sebulan kepada setiap graduan yang menganggur sebagai tidak wajar.
Ia berikutan peruntukan berkenaan sepatutnya diberikan kepada usaha memberikan latihan kepada graduan.
“Temanya baik, tetapi ada ‘benda’ yang kelakar. Nak tarik wanita ke pasaran kerja itu memang elok. Soal beri RM500 kepada graduan yang menganggur lebih 12 bulan selama 2 tahun. Bukanlah saya tak nak orang muda dapat free, tetapi ini kelakar sikitlah.
“Kalau saya menganggur 12 bulan dan mendapat kerja selepas bulan ke-13, saya dapat RM12,000. Itu yang saya nampak sepatutnya digunakan untuk latihan semula kepada graduan,” ujarnya.
Malah, beliau juga mengakui tidak bersetuju dengan cadangan kerajaan menerbitkan bon Samurai pada awal tahun depan.
Bagaimanapun beliau tetap senada dengan kerajaan berhubung usaha pendigitalan yang dilakukan untuk Perusahan Kecil dan Sederhana (PKS).
“Belanjawan ini nampak lebih digital bajet. Saya nampak ia mungkin memberi kesan pada Bumiputera,” ujarnya.
Sumber:
Your donation is much appreciated and will go a long way towards helping us serve you better. Click the donate button below to make a contribution (you don’t need a Paypal account to donate through Paypal, simply follow the instructions once you click the button).
FOLLOW US ON TELEGRAM AND TWITTER:
TELEGRAM: Raggie Jessy Rithaudeen (click here)
TELEGRAM: Rosdzaman Dato’ Hj Mohd Yusup
TELEGRAM: Norismail Sarbini
TWITTER: Raggie Jessy Rithaudeen (click here)
WEBSITE: raggiejessyrithaudeen.com
