Tiada bendera PAS, Perikatan Nasional, Muafakat Nasional di Pilihan Raya Umum ke-15?

“Kalau dulu, pengundi Melayu-Islam yakin permuafakatan antara PAS dan UMNO mampu menjurus kepada sebuah pergabungan rasmi, kini, disebabkan PRU 15 dekat, UMNO akan dipersoal berhubung pendaftaran Muafakat Nasional”

Raggie Jessy Rithaudeen

Calon yang bertanding di Pilihan Raya Kecil (PRK) N23 Dewan Undangan Negeri (DUN) Chini bertanding di bawah tiket Barisan Nasional.

Malah, di dalam kempen Pilihan Raya, calon berkenaan diperkenalkan kepada penduduk setempat sebagai calon Barisan Nasional, bukannya calon Muafakat Nasional atau calon Perikatan Nasional.




Begitu juga jika Pilihan Raya Umum diadakan tahun ini.

Jika PAS terus kekal bersama UMNO menerusi Muafakat Nasional, dan jika Muafakat Nasional kekal bersama PPBM menerusi Perikatan Nasional, kesemua yang bertanding akan dilabel sebagai calon Barisan Nasional.

Ini memandangkan kedua-dua Muafakat Nasional dan Perikatan Nasional bukan parti rasmi kerana masih belum didaftarkan bersama RoS.

Justeru, kesemua yang bertanding perlu menggunakan logo Barisan Nasional, dan Pilihan Raya Umum ke-15 akan menyaksikan pertembungan antara dua gabungan yang berdaftar, iaitu Barisan Nasional dan Pakatan Harapan.

Sebelum PRU 14, PAS sememangnya menggunakan logonya sendiri biarpun bekerjasama dengan UMNO di beberapa kawasan parlimen dan negeri.

Pada ketika itu, PAS dan UMNO masih tidak terlibat dengan mana-mana gabungan permuafakatan secara rasmi.

Kini, penubuhan Muafakat Nasional sudahpun diumumkan.

Loading...

Maka, jika PAS tidak bersama UMNO di bawah satu bumbung dalam PRU 15, pengundi Melayu-Islam akan ragu-ragu samada kerjasama di antara PAS dan UMNO mampu berkekalan.

Masalahnya, jika PAS menggunakan logo Barisan Nasional, ada di kalangan pengundi Melayu-Islam akan beranggapan Muafakat Nasional hanyalah alasan bagi Team A UMNO untuk mendominasi semula kerajaan persekutuan.

Perkara ini dijangka akan berlaku di kawasan-kawasan bandar di sekitar barat dan tengah semenanjung, khususnya di Johor, Perak, Pulau Pinang, Melaka, Pahang, Kuala Lumpur dan Wilayah Persekutuan yang sememangnya dianggap “kawasan Barisan Nasional” sejak sebelum RU 14 lagi.

Manakala itu, bagi kawasan-kawasan di luar bandar di Perlis, Kedah, Kelantan dan Terengganu (yang kini kubu kuat PAS), ada di kalangan pengundi akan merasakan UMNO sedang ‘menceroboh’ kubu PAS yang sememangnya tidak perlukan bantuan Barisan Nasional.

Ada juga yang akan ragu-ragu tentang niat sebenar UMNO disebabkan keengganan Barisan Nasional mendaftarkan Muafakat Nasional.

Ini merupakan satu masalah besar yang sememangnya tidak dapat diatasi dan sedia diketahui oleh kepimpinan tertinggi PAS, termasuk Majlis Syura.

Kalau diperhatikan, tiga daripada lima Pilihan Raya Kecil yang diadakan sehingga kini bertumpu kepada kubu kuat UMNO yang kebetulannya berada di kawasan luar bandar dan ‘semi-bandar’, iaitu Kimanis, Tanjung Piai dan Cameron Highlands.

Disebabkan kawasan-kawasan ini bukannya kawasan bandar, PAS lebih mudah diterima oleh penduduk setempat yang mengalu-alukan pembentukkan Muafakat Nasional.

Walaubagaimanapun, soal “PAS akan bertanding menggunakan tiket siapa” tidak timbul ketika kempen PRK berjalan, kerana pengundi Melayu-Islam pada ketika itu yakin bahawa permuafakatan antara PAS dan UMNO mampu menjurus kepada sebuah pergabungan rasmi.

Justeru, kemenangan besar Barisan Nasional di kawasan-kawasan berkenaan semamngnya berada dalam jangkaan semua pihak.

Tetapi, apabila PRK Sandakan diadakan, biarpun sentimen anti-DAP tengah memuncak, calon yang disokong oleh Barisan Nasional kalah disebabkan peralihan undi Muslim Bumiputra kepada DAP dalam kadar yang mengejutkan semua pihak.

Pada ketika itu, pemimpin-pemimpin Barisan Nasional yang membantu calon PBS tidak berani menyentuh konsep Muafakat Nasional kerana tahu konsep berkenaan tidak berkesan di Sabah, tambah pula Sandakan merupakan kawasan bandar yang kurang cenderung ke arah PAS.

Saya sebenarnya faham akan perkara ini. Tetapi bagaimana pula halnya di Chini?

Saya lihat, tidak ada sesiapa pun yang berani memberi penumpuan kepada konsep Muafakat Nasional di Chini biarpun ianya kawasan luar bandar dan kubu kuat UMNO.

Tidak dapat dinafikan bahawa ada seorang dua pemimpin UMNO yang mendakwa kemenangan Barisan Nasional di Chini akan “melambangkan kekuatan Barisan Nasional dan Muafakat Nasional di bawah pentadbiran Perikatan Nasional.”

Tetapi perkara ini hanya disampaikan kepada pihak media oleh pemimpin-pemimpin berkenaan atau sekadar ditulis di Facebook, bukannya diterapkan sepenuhnya dalam kempen Pilihan Raya.

Pemimpin-pemimpin ini sedia maklum, jika dulu, pengundi Melayu-Islam yakin permuafakatan antara PAS dan UMNO mampu menjurus kepada sebuah pergabungan rasmi, kini, disebabkan PRU 15 dekat, UMNO akan dipersoal berhubung pendaftaran Muafakat Nasional.

Kesemua ini bakal menyebabkan satu lagi perpecahan dalam undi Melayu-Islam menjelang PRU 15, di mana perpecahan ini turut dijangka akan menguntungkan blok kuasa ketiga pimpinan Tun Dr Mahathir Mohamad.

Bersambung…

NOTA: SAYA MEMBUAT PENGUMUMAN-PENGUMUMAN PENTING DARI MASA KE SEMASA EKSKLUSIF MENERUSI SALURAN TELEGRAM BERIKUT:



Your donation is much appreciated and will go a long way towards helping us serve you better. Click the donate button below to make a contribution (you don't need a Paypal account to donate through Paypal, simply follow the instructions once you click the button).


SUBSCRIBE TO US ON YOUTUBE:



YOUTUBE: THE THIRD FORCE

TELEGRAM: Raggie Jessy Rithaudeen

TWITTER: Raggie Jessy Rithaudeen

WEBSITE: raggiejessyrithaudeen.com

Loading...

COMMENTS

Comments

Comments



Loading...