
Kerajaan hari ini mengesahkan tidak berhasrat untuk melaksanakan semula sistem cukai barangan dan perkhidmatan (GST) yang dihapuskan sepenuhnya Jun tahun lalu.
Timbulnya ura-ura GST akan diperkenalkan semula adalah apabila Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad sendiri memberitahu bahawa kerajaan sedia mengkaji semula pelaksanaan sistem tersebut sekiranya itu yang dimahukan rakyat.
Kemudian, dengan tiba-tiba, Mahathir memberitahu parlimen bahawa kerajaan tidak pernah rancang bawa balik GST.
Persoalannya, mengapakah Mahathir sebelum ini mengelirukan rakyat dengan menyuarakan keterbukaan pihak kerajaan mengkaji semula sistem pencukaian tersebut?
Apakah beliau terpaksa ubah pendirian apabila ditentang oleh orang-orang Anwar atau adakah beliau sedang cuba buktikan bahawa Guan Eng merupakan orang Anwar dan lebih berkuasa dari Perdana Menteri?
PETALING JAYA: Kerajaan hari ini mengesahkan tidak berhasrat untuk melaksanakan semula sistem cukai barangan dan perkhidmatan (GST) yang dihapuskan sepenuhnya Jun tahun lalu.
Menurut Sinar Harian, perkara itu diumumkan oleh Menteri Kewangan, Lim Guan Eng ketika membentangkan Belanjawan 2020 di Dewan Rakyat di sini hari ini.
Timbulnya ura-ura GST diperkenalkan semula adalah apabila Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad sendiri memberitahu bahawa kerajaan sedia mengkaji semula pelaksanaan sistem tersebut sekiranya itu yang dimahukan rakyat.
Pada 3hb Oktober 2019, Mahathir memberitahu bahawa kajian tersebut bertujuan melihat sama ada GST lebih baik berbanding SST.
Walaubagaimanapun, kenyataan beliau mendapat tentangan hebat dari kalangan orang-orang Dato’ Seri Anwar Ibrahim, termasuk bekas ahli Council of Eminent Persons (CEP), Prof Dr Jomo Kwame Sundaram.
Jomo mencadangkan agar sistem SST yang dilaksanakan sejak 1 September lalu diganti dengan sistem percukaian pintar, bukannya GST.
Sehari selepas itu, Anwar memberitahu perkara yang sama kepada wartawan tetapi mengaku sistem GST lebih cekap dan telus berbanding SST.
Kemudian, dengan tiba-tiba, Mahathir memberitahu parlimen bahawa kerajaan tidak pernah rancang untuk membawa balik GST.
Perkara ini berlaku tidak sampai seminggu selepas beliau umumkan keterbukaan pihak kerajaan untuk mengkaji perlaksanaan semula GST.
Hari ini pula, Guan Eng memberitahu parlimen bahawa kerajaan tidak berhasrat untuk melaksanakan semula sistem pencukaian tersebut.
Menurut Guan Eng, pendirian itu dibuat sebagai menghormati mandat yang diberikan rakyat pada Pilihan Raya Umum (PRU) tahun lalu.
Persoalannya, mengapakah Mahathir sebelum ini mengelirukan rakyat dengan menyuarakan keterbukaan pihak kerajaan mengkaji semula sistem GST?
Apakah beliau terpaksa ubah pendirian apabila ditentang oleh orang-orang Anwar atau adakah beliau sedang cuba buktikan bahawa Guan Eng merupakan orang Anwar dan lebih berkuasa dari Perdana Menteri?
THE THIRD FORCE
Your donation is much appreciated and will go a long way towards helping us serve you better. Click the donate button below to make a contribution (you don’t need a Paypal account to donate through Paypal, simply follow the instructions once you click the button).
FOLLOW US ON TELEGRAM AND TWITTER:
TELEGRAM: Raggie Jessy Rithaudeen (click here)
TELEGRAM: Rosdzaman Dato’ Hj Mohd Yusup
TELEGRAM: Norismail Sarbini
TWITTER: Raggie Jessy Rithaudeen (click here)
WEBSITE: raggiejessyrithaudeen.com
