Tiada krisis perlembagaan, semua yang berlaku, bakal berlaku sah di sisi undang-undang

“Biar apa pun kelaziman sebelum ini, Perlembagaan Persekutuan tidak pernah mewajibkan Yang di-Pertuan Agong untuk melantik Jemaah Menteri dari kalangan gabungan parti dengan bilangan kerusi majoriti untuk menasihatinya”

Raggie Jessy Rithaudeen

تياد كريسيس ڤرلمباڬان، سموا يڠ برلاكو، باكل برلاكو صح د سيسي اوندڠ-اوندڠ

Dalam situasi di mana seorang Perdana Menteri meletakkan jawatan, menurut peruntukan-peruntukan Perkara 43(2), 43(3) dan 43(5) Perlembagaan Persekutuan, seluruh kabinet tidak boleh berfungsi secara biasa.

Justeru, dan sepertimana yang dijelaskan oleh Dr Muhammad Fathi Yusof sebelum ini, peletakan jawatan Perdana Menteri turut membawa maksud peletakan jawatan seluruh anggota Kabinet.




Dalam situasi sebegini, pihak yang paling berkuasa ialah Yang di-Pertuan Agong, berdasarkan peruntukan-peruntukan Perlembagaan Persekutuan yang tersebut di bawah:

Perkara 32(1): Maka hendaklah ada seorang Ketua Utama Negara bagi Persekutuan, digelar Yang di-Pertuan Agong, yang hendaklah diberi keutamaan daripada segala orang di dalam Persekutuan dan yang tidak boleh dikenakan apa-apa jua pun prosiding di dalam mana- mana mahkamah kecuali di dalam Mahkamah Khas yang ditubuhkan di bawah Bahagian XV.

Perkara 39: Kuasa eksekutif Persekutuan hendaklah terletak hak pada Yang di-Pertuan Agong dan, tertakluk kepada peruntukan mana-mana undang-undang persekutuan dan peruntukan Jadual Kedua, bolehlah dijalankan olehnya atau oleh Jemaah Menteri atau oleh mana-mana Menteri yang diberi kuasa oleh Jemaah Menteri, tetapi Parlimen boleh, melalui undang-undang, memberikan fungsi eksekutif kepada orang lain.

Jika dikaji Perkara 32(1) dan Perkara 39, Yang di-Pertuan Agong boleh menggunakan kuasa yang ada padanya untuk melantik seorang Perdana Menteri sementara, yakni Perdana Menteri Interim, sehingga Jemaah Menteri baru dilantik menurut peruntukan-peruntukan Perkara 40(2) dan 40(2)(a), 43(1) dan 43(2), yang berbunyi:

40 (2) Yang di-Pertuan Agong boleh bertindak menurut budi bicaranya pada melaksanakan fungsi yang berikut, iaitu:

(a) melantik seorang Perdana Menteri;

43 (1) Yang di-Pertuan Agong hendaklah melantik suatu Jemaah Menteri untuk menasihatinya dalam: penjalanan fungsinya.

Loading...

(2) Jemaah Menteri hendaklah dilantik seperti yang berikut, iaitu:

(a) Yang di-Pertuan Agong hendaklah terlebih dahulu melantik sebagai Perdana Menteri untuk mempengerusikan Jemaah Menteri seorang ahli Dewan Rakyat yang pada hematnya mungkin mendapat kepercayaan majoriti ahli Dewan Rakyat itu; dan

(b) atas nasihat Perdana Menteri, Yang di-Pertuan Agong hendaklah melantik Menteri-Menteri lain daripada kalangan ahli mana-mana satu Majlis Parlimen;

Perhatikan bahawa kesemua peruntukan ini tidak menyebut perihal parti-parti politik, sekaligus bermakna Perdana Menteri berhak melantik mana-mana ahli Dewan Rakyat atau Dewan Negara bagi menyandang satu-satu jawatan menteri tanpa perlu merujuk kepada komposisi kerusi parti politik atau bilangan kerusi yang dimiliki mana-mana parti.

Biar apa pun kelaziman sebelum ini, Perlembagaan Persekutuan turut tidak pernah mewajibkan Yang di-Pertuan Agong untuk melantik Jemaah Menteri dari kalangan gabungan parti dengan bilangan kerusi majoriti untuk menasihatinya.

Begitu juga, walaupun barisan Jemaah Menteri sebelum ini dibiarkan melaksanakan tugas-tugas pentadbiran persekutuan selepas parlimen dibubarkan sementara menunggu Pilihan Raya Umum, ini tidak bermakna ianya betul.

Seharusnya, Yang di-Pertuan Agong menggunakan kuasa yang ada padanya menurut Perkara 32(1) dan Perkara 39 untuk melantik seorang Perdana Menteri Interim dan kerajaan Caretaker sehingga Pilihan Raya Umum diadakan.

Justeru, segala apa yang berlaku ketika ini dan bakal berlaku selepas ini sah menurut peruntukan-peruntukan Perlembagaan Persekutuan dan tidak akan menjurus kepada krisis Perlembagaan.



Your donation is much appreciated and will go a long way towards helping us serve you better. Click the donate button below to make a contribution (you don't need a Paypal account to donate through Paypal, simply follow the instructions once you click the button).


SUBSCRIBE TO US ON YOUTUBE:



YOUTUBE: THE THIRD FORCE

TELEGRAM: Raggie Jessy Rithaudeen

TWITTER: Raggie Jessy Rithaudeen

WEBSITE: raggiejessyrithaudeen.com

Loading...

COMMENTS

Comments

Comments



Loading...