Tiada perutusan secara langsung dari Muhyiddin malam ini

Tidak diketahui sama ada Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador; Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah atau menteri kanan turut menyertai majlis menghadap Yang di-Pertuan Agong. Sumber (gambar): Fail TTF

تياد ڤروتوسن سچارا لڠسوڠ دري محي الدين مالم اين

Pejabat Perdana Menteri setakat ini masih senyap dan belum mengeluarkan sebarang kenyataan berhubung perjumpaan Tan Sri Muhyiddin Yassin dengan Yang di-Pertuan Agong Sultan Abdullah Sultan Ahmad Shah berhubung pengisytiharan “darurat”.

Menurut laporan, media diberitahu bahawa Muhyiddin Yassin tidak akan membuat sebarang pengumuman secara langsung pada malam ini, walaupun tidak dapat dipastikan samada PMO akan membuat kenyataan secara bertulis.

Terdahulu, Muhyiddin meninggalkan Istana Abdul Aziz di Indera Mahkota lewat petang tadi selepas menghadap Yang di-Pertuan Agong, dipercayai selama kira-kira dua jam setengah.

Muhyiddin bagaimanapun tidak memberikan apa-apa kenyataan kepada kumpulan petugas media yang menunggu di luar pintu utama Istana Abdul Aziz.


PETALING JAYA: Pejabat Perdana Menteri setakat ini masih senyap dan belum mengeluarkan sebarang kenyataan berhubung perjumpaan Tan Sri Muhyiddin Yassin dengan Yang di-Pertuan Agong Sultan Abdullah Sultan Ahmad Shah berhubung pengisytiharan “darurat”.

Menurut laporan, media diberitahu bahawa Muhyiddin Yassin tidak akan membuat sebarang pengumuman secara langsung pada malam ini, walaupun tidak dapat dipastikan samada PMO akan membuat kenyataan secara bertulis.




Malaysiakini pula melaporkan bahawa pihak Istana dijangka tidak akan mengeluarkan sebarang kenyataan malam ini.

Terdahulu, Muhyiddin meninggalkan Istana Abdul Aziz di Indera Mahkota lewat petang tadi selepas menghadap Yang di-Pertuan Agong, dipercayai selama kira-kira dua jam setengah.

Muhyiddin bagaimanapun tidak memberikan apa-apa kenyataan kepada kumpulan petugas media yang menunggu di luar pintu utama Istana Abdul Aziz.

Kenderaan membawa Panglima Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Tan Sri Affendi Buang antara yang dilihat keluar dari istana.

Bagaimanapun, tidak diketahui sama ada Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador; Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah atau menteri kanan turut menyertai majlis menghadap Seri Paduka.

THE THIRD FORCE

NOTA: SAYA MEMBUAT PENGUMUMAN-PENGUMUMAN PENTING DARI MASA KE SEMASA EKSKLUSIF MENERUSI SALURAN TELEGRAM BERIKUT:

Loading...



SUBSCRIBE TO US ON YOUTUBE:



YOUTUBE: THE THIRD FORCE

TELEGRAM: Raggie Jessy Rithaudeen

TWITTER: Raggie Jessy Rithaudeen

WEBSITE: raggiejessyrithaudeen.com

Loading...

COMMENTS

Comments

Comments



Loading...