Tiada sebab Najib berada di HKL pada hari Ahad

Khairy menolak dakwaan bahawa ubat tekanan darah tinggi Najib ditukar. Sumber (gambar): TTF

تياد سبب نجيب برادا د هقل ڤد هاري احد

Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar menjelaskan tiada sebab untuk bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dimasukkan ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) pada Ahad lalu.

Tegasnya, keadaan kesihatan Ahli Parlimen Pekan yang sedang menjalani hukuman penjara 12 tahun itu adalah memuaskan.

Bagaimanapun beliau berkata, bagi mengelakkan sebarang pertikaian di masa hadapan Najib dimasukkan ke HKL pada Isnin untuk menjalani pemeriksaan lanjut.

“Jika sudah lengkap, laporan akan diserahkan kepada Najib dan mahkamah sekiranya perlu,” katanya.


PUTRAJAYA: Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar menjelaskan tiada sebab untuk bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dimasukkan ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) pada Ahad lalu.

Tegasnya, keadaan kesihatan Ahli Parlimen Pekan yang sedang menjalani hukuman penjara 12 tahun itu adalah memuaskan.




“Pandangan profesional dan pakar yang memberi rawatan pada Jumaat memaklumkan bahawa kesihatan Najib adalah dalam memuaskan,” katanya selepas Majlis Penerimaan Anugerah Malaysia Book Of Record dan Pelancaran Laporan Record Breaking Covid-19 Vaccination di kementeriannya pada Selasa.

SENTIASA IKUTI PERKEMBANGAN POLITIK TERKINI MENERUSI www.thethirdforce.net

Bagaimanapun beliau berkata, bagi mengelakkan sebarang pertikaian di masa hadapan Najib dimasukkan ke HKL pada Isnin untuk menjalani pemeriksaan lanjut.

“Jika sudah lengkap, laporan akan diserahkan kepada Najib dan mahkamah sekiranya perlu,” katanya.

TONTON: ZAID IBRAHIM VS TOMMY THOMAS

Khairy berkata, dua mesyuarat konsultasi telah diadakan bersama keluarga Najib yang turut disertai Datin Rosmah Mansor.

“Saya sebenarnya tidak mahu beri maklumat lanjut tetapi ia telah menjadi isu umum, jadi saya kena jawab untuk menjaga integriti Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM),” katanya.

Khairy berkata demikian mengulas laporan ahli keluarga yang mempersoalkan Najib tidak dimasukkan ke HKL dan dibenar pulang selepas menerima rawatan.

Sementara itu, Khairy turut menolak dakwaan bahawa ubat tekanan darah tinggi Najib ditukar.

Loading...

“Dulu beliau ambil ubat yang dibeli daripada hospital swasta, namun apabila dirujuk ke HKL, ubat generik diberikan.

“Ubat-ubatan itu adalah sama, formula sama tetapi generik,” katanya.

Tambahnya, tuduhan mengatakan ubat ditukar seolah-olah memberi gambaran bahawa ubat berbeza adalah tidak benar.

“Ubat generik ini kandungan sama. Penjelasan ini penting kerana terdapat tuduhan daripada pegawai dan ahli keluarga Najib,” katanya.

Sebelum ini, Pegawai Khas Najib, Muhamad Mukhlis Maghribi memaklumkan, tekanan darah Najib dilapor berada pada tahap tinggi dan berbahaya susulan pertukaran ubat yang diberikan untuk merawat masalah ulser di dalam perutnya.

Pada perkembangan lain, Khairy berkata, KKM akan membuat perolehan vaksin Covid-19 jenis baharu untuk varian baharu.

“Dalam masa terdekat saya akan umumkan siapa yang layak terima, kita tak buat secara besar-besaran dan akan fokuskan kepada kumpulan berisiko tinggi,” katanya.

Sumber:



SUBSCRIBE TO US ON YOUTUBE:



YOUTUBE: THE THIRD FORCE

TELEGRAM: Raggie Jessy Rithaudeen

TWITTER: Raggie Jessy Rithaudeen

WEBSITE: raggiejessyrithaudeen.com

Loading...

COMMENTS

Comments

Comments



Loading...