TONTON JUGA: Bagaimana saya tahu 75-80 % Melayu-Islam sokong PN
Raggie Jessy Rithaudeen
Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil berkata kerajaan setakat ini tidak mengambil sebarang tindakan terhadap media antarabangsa, Bloomberg berhubung laporannya berkaitan Perdana Menteri Anwar Ibrahim.
Fahmi yang merupakan jurucakap kerajaan menegaskan hak media untuk memetik sumber dalam berita, namun pada masa sama membangkitkan hak untuk memberi maklum balas terhadap laporan tersebut.
“Perdana menteri tak ambil apa-apa tindakan setakat ini atau memaklumkan kabinet,” katanya dalam sidang media hari ini.
“Media ada hak untuk buat laporan serta merahsiakan dan melindungi sumber mereka. Tapi kita juga harap media beri hak untuk memberi jawapan atau right to reply,” katanya lagi.
Namun, laporan Bloomberg kononnya Datuk Seri Anwar Ibrahim mengarahkan Ketua Pesuruhjaya SPRM Azam Baki untuk tidak menyiasat pembelian saham syarikat HeiTech Padu Bhd oleh bekas setiausaha politiknya, Farhash Wafa Salvador Rizal Mubarak, telah disangkal oleh Pejabat Perdana Menteri (PMO).
Dalam satu kenyataan, PMO menegaskan perdana menteri tidak pernah mengeluarkan arahan atau campur tangan dalam siasatan yang dijalankan SPRM.
“SPRM beroperasi sebagai badan bebas dan bertindak berdasarkan aduan yang diterima,” katanya.
Azam Baki turut membuat penafian, sekaligus bermakna PMO dan SPRM berpendirian laporan Bloomberg yang menuduh Anwar mencampuri urusan SPRM adalah palsu.
Ini menjadikan laporan berkenaan satu fitnah.
Persoalannya, bagaimanakah kerajaan boleh berdiam diri dalam hal ini sedangkan sebarang kenyataan yang didakwa atau disyaki fitnah kerapkali disiasat atau dikenakan tindakan di bawah pentadbiran ini?
Menurut Fahmi, media ada hak untuk memetik sumber dalam berita.
Tetapi bukankah Malaysiakini baru-baru ini diminta untuk mendedahkan sumber apabila disiasat berhubung laporan berita yang turut memetik sumber?
