Tiba-Tiba PAS ‘Teringat’ DNAA Zahid Selepas ‘Lamaran’ MN Ditolak

Raggie Jessy Rithaudeen

Pada 27 Nov 2024, Datuk Seri Shahidan Kassim mendakwa bukan rahsia beliau bersama pemimpin Perikatan Nasional (PN) lain sentiasa mengajak Barisan Nasional (BN) bersama membentuk kerajaan baharu atas semangat penyatuan ummah.

Tiga hari sebelumnya, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mendedahkan bahawa terdapat usaha untuk memujuk supaya BN keluar daripada Kerajaan Perpaduan pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk membentuk kerajaan baharu.




Menurutnya, sebagai  balasan, Barisan Nasional ditawarkan jawatan perdana menteri jika bersetuju dengan perancangan tersebut.

Ini sekaligus bermakna pihak yang membuat tawaran itu tiada masalah bekerjasama dengan Zahid setelah beliau dilepaskan daripada 47 pertuduhan salah laku membabitkan Yayasan Alakbudi.

Kemudian, baru-baru ini, beberapa pemimpin PAS, termasuk, Sanusi Md Nor, mencadangkan agar Muafakat Nasional dihidupkan kembali menerusi kerjasama PAS-UMNO, dengan syarat UMNO perlu keluar daripada kerajaan terlebih dahulu.

Amat jelas bahawa PAS tidak ada masalah bekerjasama dengan UMNO di bawah kepimpinan Zahid, malah isu pelepasan Zahid tidak pernah diungkit walau sekali pun ketika isu itu dibincangkan.

Namun, bila Zahid menolak cadangan PAS, tiba-tiba Sanusi menuduh pemimpin Umno mempunyai beban.

Sanusi dipercayai merujuk kepada Zahid, berdasarkan kenyataan beliau yang memetik angka “47” yang sering dikaitkan dengan kes Zahid di media sosial.

Sejak itu, beberapa pihak dari PAS telah mempertikaikan pelepasan Zahid selepas Peguam Negara memutuskan bahawa tidak ada tindakan lanjut dalam kes itu.

Loading...

Jadi, saya hendak bertanya kepada PAS dan juga Sanusi; masa BN ditawar jawatan PM dan ketika PAS mencanang pengaktifan semula MN, adakah PAS tidak sedar bahawa Mahkamah telah melepaskan Zahid daripada 47 pertuduhan?

Atau adakah PAS tahu tapi ‘menghalalkan’ pelepasan itu sebab terdesak hendak runtuhkan kerajaan, dan bila rancangan tidak menjadi, PAS marah dan terus mula menyerang Umno dan Zahid?



SUBSCRIBE TO US ON YOUTUBE:



YOUTUBE: THE THIRD FORCE

TELEGRAM: Raggie Jessy Rithaudeen

TWITTER: Raggie Jessy Rithaudeen

WEBSITE: raggiejessyrithaudeen.com

Loading...

COMMENTS

Comments

Comments



Loading...