Tidak ada makna PAS kemukakan ‘usul percaya’, buang masa

Raggie Jessy Rithaudeen, Petaling Jaya. Sumber (gambar): TTF

“Tindak-tanduk PAS adalah “counter produktif” dan tidak bermakna. Ianya memberi persepsi salah seolah-olah PAS takut Anwar akan menang kerana Mahathir lemah. PAS harus berfikir lebih matang sebelum mengeluarkan kenyataan”

Raggie Jessy Rithaudeen

تيدق اد معنى ڤاس كموكاكن ءاصول ڤرچايء، بواڠ ماس

Tidak ada makna PAS mengemukakan Usul Percaya ke Sidang Parlimen akan datang bagi menyatakan sokongan kepada Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad sehingga PRU15.

Ini memandangkan Perdana Menteri sudahpun diberikan mandat oleh majoriti ahli parlimen dengan perkenan Yang di-Pertuan Agong untuk melaksanakan tugas sebagai ketua kerajaan Malaysia.




Mandat ini turut bersangkut dengan keputusan Pilihan Raya Umum ke-14, di mana pada ketika itu, rakyat yang mengundi Pakatan Harapan sedia maklum bahawa gabungan berkenaan meletakkan Mahathir sebagai calon Perdana Menteri.

Justeru, Mahathir secara tidak langsung diberikan mandat oleh pengundi Pakatan Harapan untuk menerajui kerajaan sebagai Perdana Menteri.

Sekiranya benar niat PAS adalah untuk menyatakan sokongan terhadap Mahathir, seharusnya, wakil daripada parti Islam berkenaan sepakat mencabar Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk mengusulkan undi tidak percaya terhadap Mahathir.

Ini memandangkan sistem demokrasi berparlimen membenarkan usul undi tidak percaya bagi membuktikan mandat yang sudahpun diberikan kepada seseorang yang menerajui kerajaan tidak lagi relevan.

Usul percaya tidak akan membuktikan apa-apa walau apa pun keputusan yang dicapai, memandangkan mandat sudah pun diberikan secara sah kepada Mahathir dan tidak perlu diulang ataupun dibuktikan.

Saya berharap PAS bertindak lebih matang dan logik dalam mengusulkan satu-satu perkara dan elakkan daripada melakukan perkara yang mampu menimbulkan pelbagai persoalan, membantut pergerakan penyatuan dan mencetus konflik politik.

Loading...



Your donation is much appreciated and will go a long way towards helping us serve you better. Click the donate button below to make a contribution (you don't need a Paypal account to donate through Paypal, simply follow the instructions once you click the button).


SUBSCRIBE TO US ON YOUTUBE:



YOUTUBE: THE THIRD FORCE

TELEGRAM: Raggie Jessy Rithaudeen

TWITTER: Raggie Jessy Rithaudeen

WEBSITE: raggiejessyrithaudeen.com

Loading...

COMMENTS

Comments

Comments



Loading...