Tidak adil, Ahli Parlimen PN tidak dapat peruntukan – Shahidan Kassim

Ahli Parlimen Arau, Datuk Seri Shahidan Kassim. Sumber (gambar): Fail TTF

هلي ڤرليمين ڤن تيدق داڤت ڤرونتوكن – شهيدان كسسيم

UNTUK BERITA TERKINI, SERTAI TELEGRAM TTF DI SINI

Ahli Parlimen Arau, Datuk Seri Shahidan Kassim mendakwa keputusan Kerajaan Perpaduan yang dipimpin Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk tidak memberikan peruntukan kepada ahli-ahli Parlimen pembangkang sebagai tidak adil.

Bagaimanapun, beliau menyatakan akan membuat perbincangan secara berterusan bersama pihak terlibat bagi memastikan isu berkaitan peruntukan dapat diselesaikan.

Awal Disember lalu, Ketua Penerangan Pas, Khairil Nizam Khiruddin menyatakan bahawa kerjasama baik antara kerajaan dan pembangkang boleh dilaksanakan sekiranya Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dapat mengutamakan pemberian peruntukan Ahli Parlimen dengan sama rata.


ARAU: Ahli Parlimen Arau, Datuk Seri Shahidan Kassim mendakwa keputusan Kerajaan Perpaduan yang dipimpin Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk tidak memberikan peruntukan kepada ahli-ahli Parlimen pembangkang sebagai tidak adil.

Bagaimanapun, beliau menyatakan akan membuat perbincangan secara berterusan bersama pihak terlibat bagi memastikan isu berkaitan peruntukan dapat diselesaikan.




“Di Parlimen, (kita memang) lain. Walaupun nama Kerajaan Perpaduan, tetapi kami ahli Parlimen daripada Perikatan Nasional tidak dapat peruntukan, manakala Ahli Parlimen daripada Pakatan Harapan dapat peruntukan. “Itu sudah ‘sesuatu’, bak kata (Allahyarham) P. Ramlee: ‘ini tidak adil!’

“Walau bagaimanapun kita akan bincang perkara ini berterusan dan dapat manfaatkan semua pihak,” kata Shahidan.

Shahidan berkata demikian pada sidang media selepas pelancaran Pertubuhan Perpaduan Ummah di Pusat Khidmat Parlimen Arau, Kubang Gajah pada Sabtu.

Awal Disember lalu, Ketua Penerangan Pas, Khairil Nizam Khiruddin menyatakan bahawa kerjasama baik antara kerajaan dan pembangkang boleh dilaksanakan sekiranya Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dapat mengutamakan pemberian peruntukan Ahli Parlimen dengan sama rata.

Ahli Parlimen Jerantut itu menerusi satu kenyataan di Facebooknya berkata, perkara berkenaan merupakan antara janji termaktub dalam manifesto Pakatan Harapan (PH), yang kini menerajui Kerajaan Persekutuan.

Sumber:

Loading...



SUBSCRIBE TO US ON YOUTUBE:



YOUTUBE: THE THIRD FORCE

TELEGRAM: Raggie Jessy Rithaudeen

TWITTER: Raggie Jessy Rithaudeen

WEBSITE: raggiejessyrithaudeen.com

Loading...

COMMENTS

Comments

Comments



Loading...