‘Tidak kira bila PRU, PEJUANG akan tetap lawan’ – Mahathir

Mengenai tarikh sesuai untuk diadakan pilihan raya, Dr Mahathir berpendapat, kerajaan mempunyai hak untuk menentukan tarikh PRU15 dengan membuat pertimbangan yang akan memberi kelebihan kepada parti kerajaan. Sumber (gambar): TTF

ءتيدق كيرا بيلا ڤرو، ڤجوڠ اكن تتڤ لاونء – محضير

Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang) bersedia bertanding dalam Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) pada bila-bila masa sekiranya diadakan tahun ini atau tahun hadapan.

Pengerusi Pejuang, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, parti itu tetap akan memberikan saingan kepada parti lain yang bertanding dengan meletakkan calon.

Menurut Dr Mahathir lagi, pihaknya tidak pasti sama ada PRU15 akan diadakan pada tahun ini atau tahun hadapan serta terpulang kepada kerajaan untuk menetapkan tarikh berkenaan.

Sebelum ini, sebuah akhbar berbahasa Cina melaporkan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mendapatkan pandangan daripada jemaah menteri mengenai tarikh untuk mengadakan PRU15.


CHANGLUN: Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang) bersedia bertanding dalam Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) pada bila-bila masa sekiranya diadakan tahun ini atau tahun hadapan.

Pengerusi Pejuang, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, parti itu tetap akan memberikan saingan kepada parti lain yang bertanding dengan meletakkan calon.




“Waktu manapun diadakan pilihan raya, Pejuang akan tetap lawan,” katanya dalam sidang akhbar selepas hadir program Kenduri Rakyat bersama Tun Mahathir dan kepimpinan Pejuang Kedah di Serambi Chalet di sini, pada Sabtu.

SENTIASA IKUTI PERKEMBANGAN POLITIK TERKINI MENERUSI www.thethirdforce.net

Hadir sama, Presiden Pejuang, Datuk Seri Mukhriz Mahathir dan Setiausaha Agung Pejuang, Datuk Amiruddin Hamzah.

Mengenai tarikh sesuai untuk diadakan pilihan raya, Dr Mahathir berpendapat, kerajaan mempunyai hak untuk menentukan tarikh PRU15 dengan membuat pertimbangan yang akan memberi kelebihan kepada parti kerajaan.

“Tapi saya nampak kerajaan hari ini menentukan pilihan raya diadakan pada ketika parti lawan lemah. Mempunyai kuasa untuk nak menang pilihan raya. Itulah hasrat mereka,” katanya.

Menurut Dr Mahathir lagi, pihaknya tidak pasti sama ada PRU15 akan diadakan pada tahun ini atau tahun hadapan serta terpulang kepada kerajaan untuk menetapkan tarikh berkenaan.

Sebelum ini, sebuah akhbar berbahasa Cina melaporkan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mendapatkan pandangan daripada jemaah menteri mengenai tarikh untuk mengadakan PRU15.

Sumber:

Loading...



SUBSCRIBE TO US ON YOUTUBE:



YOUTUBE: THE THIRD FORCE

TELEGRAM: Raggie Jessy Rithaudeen

TWITTER: Raggie Jessy Rithaudeen

WEBSITE: raggiejessyrithaudeen.com

Loading...

COMMENTS

Comments

Comments



Loading...