
Ahli UMNO yang keluar parti dan menjadi wakil rakyat bebas kini boleh menyertai Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), kata Pengerusi Bersatu Tun Dr Mahathir Mohamad.
Semasa ditanya mengenai jumlah bekas ahli UMNO yang telah menyertai Bersatu, Dr Mahathir berkata tiada anggaran yang dapat diberikan setakat ini.
“Di Sabah hampir semua (anggota Bersatu) adalah bekas UMNO. Di Semenanjung, beberapa ahli terutama Ahli Dewan Rakyat dan dewan undangan negeri telah menyertai Bersatu,” katanya.
Ditanya jika ada bekas ahli UMNO yang menyertai Bersatu akan bertanding dalam pemilihan parti, Dr Mahathir berkata pada waktu ini belum ada.
PETALING JAYA: Kenyataan Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini bahawa bekas ahli UMNO kini boleh menyertai Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) mungkin langkah pertama ke arah tindakan menggantung parti Barisan Nasional tersebut.
Sebelum ini, TTF pernah menceritakan perkara ini dan menerangkan bahawa tindakan menggantung UMNO ditangguh berikutan kemelut yang melanda pucuk pimpinan PKR melibatkan Dato’ Seri Anwar Ibrahim dan Dato’ Seri Azmin Ali.
Di dalam satu sesi temubual live beberapa bulan lalu, saya turut pernah menceritakan mengapa UMNO tidak mungkin akan dibatalkan pendaftarannya dalam masa terdekat.
Dalam sesi tersebut, saya menjelaskan bahawa sekiranya dibatalkan, aset UMNO yang bernilai berbilion ringgit wajib diaggih antara kesemua ahli parti.
Sebaliknya, sekiranya UMNO digantikan dengan sebuah parti baru yang sebilangan besar ahlinya berasal dari UMNO, parti tersebut mampu mengambil alih kesemua aset UMNO selepas satu tempoh tertentu dengan syarat dapat membuktikan kepada RoS bahawa ianya parti ganti.
Ketika ditanya, Mahathir berkata hanya bekas ahli UMNO yang tidak mempunyai masalah, umpamanya kes di mahkamah sahaja yang boleh diterima.
“Yang lain, yang tidak terlibat, mereka akan diterima,” katanya dalam sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat pimpinan tertinggi Bersatu di sini hari ini.
Menurut portal Sinar Online, semasa ditanya mengenai jumlah bekas ahli UMNO yang telah menyertai Bersatu, Dr Mahathir berkata tiada anggaran yang dapat diberikan setakat ini.
“Di Sabah hampir semua (anggota Bersatu) adalah bekas UMNO. Di Semenanjung, beberapa ahli terutama Ahli Dewan Rakyat dan dewan undangan negeri telah menyertai Bersatu,” katanya.
Ditanya jika ada bekas ahli UMNO yang menyertai Bersatu akan bertanding dalam pemilihan parti, Dr Mahathir berkata pada waktu ini belum ada.
Sementara itu, Dr Mahathir berharap pihak berkuasa mengambil kira banyak kesalahan yang dilakukan UMNO pada masa ini.
Menurutnya, ketika beliau menjadi Presiden UMNO dahulu, tiga cawangan tidak mengadakan mesyuarat parti telah diharamkan.
Bersatu turut diharamkan sebelum Pilihan Raya Umum Ke-14 tahun lepas tetapi UMNO yang banyak kesalahan masih diterima dan tidak dibatal pendaftarannya, katanya.
“Saya bukan mendesak sesiapa tapi hanya menyuarakan pendapat yang dibangkitkan dalam mesyuarat,” katanya.
RJ RITHAUDEEN
