Tidak mustahil undi tidak percaya terhadap PMX berlaku Oktober ini

“Pada persidangan Dewan Rakyat selama 32 hari bermula 9 Oktober 2023 hingga 30 November 2023 , tidak mustahil Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim akan hilang kuasa setelah Rang Undang-Undang kerajaan tidak diluluskan pada bacaan kedua dan/atau ketiga. Tonton juga penjelasannya DI SINI (KLIK DI SINI)”

Raggie Jessy Rithaudeen

1.     Dewan Rakyat dijadualkan mengadakan mesyuarat khas selama enam hari bermula 11 September 2023 hingga 19 September 2023.

2.     Mesyuarat ini adalah bagi Pembentangan dan Perbahasan Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia Ke-12 (KSP RMKe-12) serta jawapan oleh Perdana Menteri.




3.     Selepas itu, Dewan Rakyat akan bersidang selama 32 hari bermula 9 Oktober 2023 hingga 30 November 2023

4.     Mesyuarat ini berkait Rang undang-undang dan urusan Kerajaan yang lain.

PENDEDAHAN PENTING – PELEPASAN ‘PELIK’ ZAHID HAMIDI, DAKWAAN PH TERLIBAT, URA-URA MP UMNO TARIK SOKONGAN – FAKTA VS AUTA

5.     Jika mana-mana satu Rang Undang-Undang kerajaan tidak diluluskan pada bacaan kedua dan/atau ketiga, maka undi tidak percaya terhadap PerdanaMenteri dianggap telah berlaku.

6.     Walaupun lantikan Perdana Menteri adalah atas perkenan Yang di-Pertuan Agong, tetapi Perdana Menteri tidak memegang jawatan atas perkenan Yang di-Pertuan Agong. 

7.     Hal ini dinyatakan dalam Perkara 43(5) yang menyatakan, “Tertakluk kepada Fasal (4), Menteri-menteri selain Perdana Menteri hendaklah memegang jawatan selama diperkenankan oleh Yang di-Pertuan Agong, melainkan jika pelantikan mana-mana Menteri telah dibatalkan oleh Yang di-Pertuan Agong atas nasihat Perdana Menteri, tetapi mana-mana Menteri boleh meletakkan jawatannya”.

8.     Sekiranya Undi Tidak Percaya terhadap Perdana Menteri berlaku, akibatnya ialah sesebuah kerajaan itu mungkin akan runtuh. 

TONTON: USUL TIDAK PERCAYA DIJANGKA OKTOBER INI

9.     Proses yang akan diambil ialah prosedur yang dinyatakan dalam Perkara 43(4). Pada Fasal 43(4), diperuntukkan, “Jika Perdana Menteri tidak lagi mendapat kepercayaan majoriti Ahli Dewan Rakyat, maka Perdana Menteri hendaklah meletakkan jawatan Jemaah Menteri melainkan jika atas permintaannya Parlimen dibubarkan oleh Yang di-Pertuan Agong”.

Loading...

10.  Sekiranya Perdana Menteri enggan meletakkan jawatannya yang sekali gus meletakkan jawatan Jemaah Menteri, Yang di-Pertuan Agong boleh memecatnya dengan syarat telah terbukti kepada baginda bahawa Perdana Menteri telah secara sah, telah hilang kepercayaan; atau apabila Perdana Menteri sendiri memperakui beliau telah hilang kepercayaan Ahli Dewan dan memaklumkan keadaan tersebut kepada Yang di-Pertuan Agong.

11.  Pada persidangan Dewan Rakyat selama 32 hari bermula 9 Oktober 2023 hingga 30 November 2023 , tidak mustahil Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim akan hilang kuasa jika Rang Undang-Undang kerajaan tidak diluluskan pada bacaan kedua dan/atau ketiga.

#Anwar #PMX #today #malaysia #nakfakta



SUBSCRIBE TO US ON YOUTUBE:



YOUTUBE: THE THIRD FORCE

TELEGRAM: Raggie Jessy Rithaudeen

TWITTER: Raggie Jessy Rithaudeen

WEBSITE: raggiejessyrithaudeen.com

Loading...

COMMENTS

Comments

Comments



Loading...